Mohon Bantuan Bulanan e-Kasih

Terdapat banyak kebaikan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semasa Pembentangan Bajet 2022 tempoh hari.

Dalam pembentangan tersebut terselit pelbagai bantuan kewangan diberikan kepada rakyat pada tahun 2022 ini.

Antara bantuan-bantuan yang diberikan kepada rakyat termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Khas Covid-19 (BKC), Bantuan Warga Emas, dan sebagainya.

Namun, terdapat bantuan yang telah lama boleh dimohon oleh warga Malaysia, iaitu bantuan e-Kasih, dimana bantuan ini diberikan secara bulanan.

Berikut adalah info-info ringkas bagi bantuan e-Kasih ini, bagaimana cara untuk memohon dan semak kelayakan. Sila kongsikan maklumat ini kepada saudara mara dan rakan-rakan.

Apakah Bantuan e-Kasih

e-Kasih merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu dan isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian atau agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

CIRI UTAMA E-KASIH

Berikut adalah ciri-ciri utama yang yang boleh dilakukan dalam sistem e-Kasih ini iaitu :

  • Membuat semakan status kemiskinan secara online
  • Menyelaraskan maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Penjanaan Laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

KELAYAKAN PERMOHONAN

Siapakah yang layak memohon? Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2012.

Syarat kelayakan bantuan bagi tahun 2021 adalah berbeza bagi lokasi (negeri) dan jenis bantuan yang dimohon.

  • Pendapatan Garis Kemiskinan (Bandar) – RM1,500
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (Luar Bandar) – RM1,000

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

PENDAFTARAN e-KASIH

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

Nota : Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Untuk memohon eKasih 2021, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaituButiran KIR dan AIR

  1. Lokasi
  2. Kediaman
  3. Pendidikan
  4. Kemahiran dan pekerjaan
  5. Harta
  6. Kesihatan
  7. Bantuan
  8. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

SEMAKAN e-KASIH

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: 

Laman Web e-Kasih : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx (sila copy dan paste di url browser anda)

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Maklumat lain

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)? 
    Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?
    Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di tempat kediaman yang dipilih.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top