Bantuan Kewangan PSUKNS, Cara Mohon Dan Syarat

Pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, dan terdapat juga pelbagai bantuan umum kepada rakyat yang belun diketahui umum.

Seperti bantuan PSUKNS ini, bantuan yang diberi khas untuk pelajar IPT di Negeri Sembilan.

Bantuan kewangan PSUKNS merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Nama penuh PSUKNS adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) telah ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah pimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri yang pertama.

Pelbagai bantuan yang boleh dimohon dari Kerajaan Negeri Sembilan, salah satunya adalah Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan.

Secara am, bantuan kewangan ini adalah khas untuk anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.

Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Kewangan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan

Syarat –Syarat Permohonan:

  1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
  4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.
  6. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:
    • YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;atau
    • Penghulu;atau
    • Pengerusi MPKK / KRT / Taman.

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan;
  • Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.

Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan telah mendapat pengesahan oleh pihak yang berkenaan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos ke:

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5B, Wisma Negeri
70503 Seremban

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 06-7659936 /31 @ 06-7659784 /85

Berikut adalah dokumen yang boleh dimuat turun terus, borang-borang berkaitan seperti fi bawah:

  • Borang Permohonan Bantuan IPT PK-PSUKNS-31
  • Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA
  • Borang Pengesahan Pendapatan

Untuk maklumat menyeluruh pembaca boleh melayari laman sesawang rasmi disini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top