Bantuan Kewangan BKPKK RM1,800 Per Semester

Berita baik untuk penuntut atau pelajar Kolej Komuniti, di mana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memberi bantuan kewangan kepada mereka sebanyak RM1,800 yang dinamakan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).

Selain daripada bantuan kerajaan negeri, bantuan dari yayasan ataupun biasiswa. BKPKK ini dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak dapat biasiswa atau tajaan lain, secara tidak langsung dapat menampung beban kewangan pelajar.

Terdapat beberapa syarat dan kriteria kelayakan yang diperlukan untuk mendapatkan BKPKK ini, secara ringkas pihak kami berkongsi maklumat di bawah.

Apakah BKPKK

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) merupakan bantuan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan bantuan kewangan kepada Pelajar Kolej Komuniti.

Syarat-syarat dan kritetia untuk melayakkan pelajar lulus dapat BKPKK

Syarat-syarat dan kriteria yang melayakkan pelajar mendapat BKPKK ialah: 

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia; 
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa atau penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Untuk makluman, pelajar yang layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian perlu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Sekiranya pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, maka pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar. 

Kadar Bantuan Diberikan

Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja. Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1,800.00 sepanjang satu semester.

Nota penting: Pelajar tidak boleh menerima tajaan ataupun biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti di bawah KPM. 

Cara Memohon

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :

  • Surat tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian;
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
  • Tuntutan bayaran pelajar BKPKK sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir Kolej Komuniti  masing-masing pada setiap semester.

Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Kolej Komuniti masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Maklumat lebih terperinci

Untuk maklumat lebih terperinci dan terdapat soalan lazim, boleh layari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai BKPKK.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top