Subsidi Carseat Kanak-Kanak MyCRS

Bermula 1 Mac 2022, Kerajaan telah membuka permohonan subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak di bawah laman portal MyCRS.

MyCRS adalah singkatan bagi Malaysia Child Restraint System atau carseat merupakan program agensi di bawah Kerajaan Malaysia yang telah dibentang semasa Bajet 2020 lalu.

Dalam Bajet 2022, Kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk membantu ibu bapa, khususnya dari golongan B40 untuk memiliki kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).

Selaras dengan tema Keluarga Malaysia, pembentangan tersebut menyaksikan keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak.

Melihat akan angka kematian yang tinggi, kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menerima subsidi tersebut.

Subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak melibatkan 188,000 penerima berjumlah RM30 juta diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 yang lalu.

Pihak kami memberi ringkasan maklumat lanjut mengenai Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (Carseat) seperti berikut.

Apakah Kelayakan Program Subsidi MyCRS (Carseat)

  1. Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.
  2. Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas.
  3. Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah.
  4. Warganegara yang menetap di Malaysia.
  5. Rujukan data utama daripada oenerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yanh diterima daripada pihak LHDN.
  6. Data tambahan bagi kategori miskin diperolehi daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019
  7. Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.

Kadar Subsidi

Jumlah subsidi yang akan diberikan kepada penerima yang layak adalah:

  • 50% daripada harga asal (bagi CRS yang berharga RM300 ke bawah); atau
  • Subsidu RM150 maksimum bagi CRS yang berharga RM301 dan ke atas

Sebagai contoh, jika ibu bapa membeli carseat bernilai RM300 ke bawah, mereka akan layak dapat subsidi 50% dan jika harga carseat melebihi RM300 maksima subsidi diterima ialah RM150.

Cara Tebus Subsidi Carseat Kanak-Kanak

Cara penebusan subsidi pembelian CRS (child carseat) 2022 adalah seperti berikut:

  1. Semak kelayakan sebelum membuat permohonan.
  2. Membuat permohonan di laman sesawang mycrs.gov.my bermula 1 Mac 2022
  3. Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022.
  4. Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.
  5. Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.

Tarikh Permohonan

Permohonan subsidi ini akan bermula pada 1 Mac 2022 sehingga 1 September 2022

Manakala semakan kelayakan bermula 1 April 2022, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.

Anda boleh membuat semakan kelayakan secara online melalui Portal MyCRS di bahagian Semakan Kelayakan

Panduan Permohonan Online MyCRS

  1. Sila layari pautan http://www.mycrs.gov.my/
  2. Sila semak kelayakan di bahagian Semakan Kelayakan
  3. Jika layak, sila isi borang permohonan di menu Permohonan
  4. Untuk anak yang bakal lahir tahun 2022 ni, boleh email bukti kelahiran anak & bukti penerima BPR/BKM ke [email protected]
  5. Untuk info lanjut, sila rujuk maklumat terperinci yang terdapat dalam laman portal rasmi melalui bahagian berikut:
  • Panduan Pengguna
  • Soalan Lazim
  • Senarai Wakil Penjual

Info Penting Tentang Carseat Kanak-kanak

Untuk makluman ibu ayah atau penjaga yang bakal menebus subsidi MyCRS ini, produk CRS yang diiktiraf di bawah program ini perlulah memenuhi kriteria berikut:

  1. Memenuhi piawaian standard United Nation Regulation No 44 atau No 129.
  2. Mempunyai kelulusan Jenis Komponen CTA oleh JPJ
  3. Mempunyai pelekat label kod QR MIROS.
  4. Semakan senarai carseat / CRS yang memenuhi kriteria ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman sesawang MIROS.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Program Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Keluarga Malaysia (MyCRS 2022) di laman portal rasmi MyCRS dan klik FAQ-MyCRS

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top