Info dan Hebahan Terkini Jabatan Penerangan

Sehingga 12 April 2022, banyak agensi-agensi kerajaan telah mengumumkan pelbagai informasi yang bermanfaat kepada rakyat, tidak kira sama ada berkenaan dengan bantuan mahupun makluman mengenai kesihatan dan pekerjaan.

Pihak mynewskini di sini berkongsi maklumat dan informasi yang di hebahkan oleh kerajaan, ringkasan-ringkasan yang di post berikut diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca-pembaca sekalian.

Insentif Penerbitan Filem

Hebahan yang di posting melalui media sosial Jabatan Penerangan Malaysia berkenaan dengan insentif penerbitan filem di Malaysia atau dikenali sebagai (FIMI).

Datuk Zahidi Zainul Abidin, selaku timbalan menteri Kementerian Kommunikasi Dan Multimedia mengatakan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia wujudkan 10,000 peluang pekerjaan sehingga Januari 2022.

Untuk makluman lanjut boleh layari laman sesawang rasmi di FIMI.

Secara ringkasnya FIMI adalah sokongan kepada penerbit filem dalam merancakkan ekonomi sejak terkesan dengan pandemik Covid-19.

Selain ini ia adalah galakkan kepada penerbit filem dalam menerbitkan filem yang berkualiti, berkandungan kreatif dan sebagainya.

Insentif ini adalah khusus untuk penerbit filem di Malaysia, kandungan kreatif bagi filem, televisyen dan pengeluaran skrin.

Kelayakan Permohonan Domestik

Kriteria #1

Syarikat Penerbitan Filem Malaysia menggunakan Malaysia sebagai lokasi penggambaran dan/ atau aktiviti pos produksi.

Kriteria #2

Co-produksi bersama penerbit filem asing (majoriti dimiliki oleh penerbit tempatan).

Kriteria #3

Syarikat Produksi Perfileman Malaysia dengan lesen pengeluaran filem FINAS.

Kriteria #4

Produksi Malaysia untuk pasaran domestik, serantau dan antarabangsa (pengeluaran dan saringan).

Kelayakan Perbelanjaan Produksi Malaysia – Minimum

  • Kelayakan Perbelanjaan Kos Produksi Di Malaysia / Qualifying Malaysia Production Expenditure (QMPE) minimum RM 1.0 juta untuk produksi (termasuk pasca produksi); atau
  • RM250,000 untuk aktiviti pasca produksi sahaja (untuk produksi di dalam Malaysia)
  • Rebat tambahan 5% (Cultural Test)
  • Permohonan hendaklah dikemukakan kepada FIMO sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh produksi

Sila rujuk Garis Panduan Dan Borang Berkaitan, serta Terma dan Syarat di link tersebut.

Kelayakan Permohonan Asing

Kriteria #1

Syarikat Penerbitan Filem Asing menggunakan Malaysia sebagai lokasi penggambaran dan/ atau aktiviti pos produksi dan,

Kriteria #2

Co-produksi bersama penerbit filem di Malaysia (majoriti dimiliki oleh penerbit asing).

Kelayakan Perbelanjaan Produksi Malaysia – Minimum

  • Kelayakan Perbelanjaan Pasca Produksi Di Malaysia / Qualifying Malaysia Production Expenditure (QMPE) daripada RM 5 juta untuk produksi
    (termasuk pos produksi); atau
  • RM 1.0 juta untuk aktiviti pasca produksi sahaja (untuk produksi di dalam Malaysia)
  • Tambahan rebat 5% (Cultural Test)
  • Permohonan hendaklah dikemukakan kepada FIMO sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh produksi

Bagi garis panduan permohonan asing pula, sila rujuk di Garis Panduan Dan Borang Berkaitan, serta Terma dan Syarat di link ini.

PAKEJ PERANTISISWA 2022 BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Pakej PerantiSiswa 2022 merupakan satu initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 untuk membantu pelajar-pelajar IPT yang kurang berkemampuan mendapatkan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran.

Layari https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ bagi permohonan yang akan dibuka pada 8.00 pagi, 15 April 2022 (Jumaat).

Tan Sri Annuar Musa mengatakan bahawa perlaksanaan program tersebut akan di kawal selia oleh unit kementerian dan suruhanjaya kementerian kommunikasi dan multimedia (MCMC) dan Kementerian Pendidikan Tinggi, dengan fasa pertama ‘roll-out’ program itu dijangka seawal bulan Jun ini.

Inisiatif ini menyediakan peranti berupa sebuah Tablet kepada mahasiswa dan mahasiswi Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Inisiatif ini akan melibatkan para mahasiswa dalam kelompok B40 iaitu kelompok keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah puratan bulanan RM4850.

Dijangkakan seramai 350,000 mahasiswa akan dapat manfaat daripada program inisiatif perantisiswa pada tahun ini.

Peranti akan dibekalkan secara berperingkat iaitu bermula Jun 2022 dan mahasiswa akan dimaklumkan melalui pihak IPT berkenaan perkara ini dari semasa ke semasa.

Bekalan peranti akan disalurkan kepada pihak IPT. Dan pihak IPT akan membuat saringan yang sewajarnya bagi mahasiswa B40 yang memerlukan.

Syarat kelayakan penerima PerantiSiswa

  1. Mahasiswa merupakan warganegara Malaysia.
  2. Mahasiswa adalah daripada golongan kategori keluarga B40, iaitu keluarga pendapatan seisi rumah RM4850 dan kebawah.
  3. Mahasiswa berada di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah
  4. Mahasiswa bukan pelajar tahun akhir pengajian pada tahun 2022.
  5. Mahasiswa adalah pelajar sepenuh masa.
  6. Mahasiswa tidak pernah menerima bantuan peranti dari mana-mana program bantuan agensi kerajaan.

Inisiatif i-biaya

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Kewangan (MOF) bakal melancarkan inisiatif di gelar program i-biaya.

Program i-biaya ini adalah usaha kerajaan untuk memudahkan pembiayaan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah M40 dan B40.

Untuk makluman lanjut terdapat tiga inisiatif yang ditawarkan di bawah i-Biaya ini, ialah penambahbaikan terhadap skim yang sedia ada iaitu:

  1. Skim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Bhd dengan peruntukan RM3 bilion;
  2. Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas SRP Bhd (Cagamas) dan
  3. Skim PR1MA ‘Rent-to-Own’ oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA RTO).

Untuk makluman lebih lanjut mengenai cara permohonan i-biaya ini boleh ke laman rasmi KPKT di https://www.kpkt.gov.my/

Dos Pertama Vaksin Kanak-Kanak Sehingga 15 Mei Sahaja

15 Mei 2022 sebagai tarikh akhir pemberian dos pertama vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids).

Selepas tarikh tersebut, tidak ada lagi ditawarkan kepada kanak-kanak 5 tahun hingga 12 tahun.

Corminaty tidak lagi ditawarkan di hospital atau fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

Coronavac hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti kesihatan swasta.

Ini adalah kerana berikutan permintaan yang rendah vaksinasi yang menyebabkan pembaziran vaksinasi yang tinggi.

Keputusan ini adalah tidak terlibat dengan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017, dan belum mencapai umur 5 tahun pada 15 Mei 2022.

Diharapkan perkongsian informasi di atas memberi manfaat kepada pembaca Mynewskini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top