Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Berita baik untuk penuntut dan pelajar pengajian tinggi awam dan swasta, kerajaan akan memberi bantuan untuk mengurangkan beban dan kos sara hidup semasa anda menuntuk di pengajian tinggi.

Permohonan bagi pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi kalangan pelajar dalam golongan b40 akan dibuka bermula 15 April 2022.

Pihak daripada jabatan Menteri Kommunikasi dan Multimedia sudah pun dapat dan memperolehi data yang berkaitan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dianggarkan lebih kurang 400,000 pelajar IPT di seluruh negara bakal mendapat manfaat daripada program pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini.

Perkara ini dikatakan dalam sidang media oleh Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Nama-nama pelajar yang sudah berdaftar dengan IPT dan daripada golongan b40 sudah dikenalpasti oleh pihak kementerian ini, dan ia juga boleh di semak melalui nombor metriks dan juga kad pengenalan pelajar-pelajar melalui sistem.

Bagi senarai pelajar yang tercicir dari sistem permohonan peranti siswa ini, mereka boleh membuat permohonan melalui sistem rayuan.

Melalui sidang media yang di adakan baru-baru ini, permohonan hanya boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi Kementerian Kommunikasi dan Multimedia K-KOMM. Link di sini https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Untuk makluman, pengagihan akan di buat melalui dua sesi di mana sesi pertama adalah pengagihan sebanyak 60 peratus daripada jumlah permohonan yang layak.

Manakala sesi kedua adalah yang selebihnya dan juga bagi permohonan rayuan, di mana pengagihan peranti tersebut tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.

Tarikh pengagihan akan bermula pada minggu kedua bulan Jun tahun ini, Tan Sri Annuar Musa juga mengatakan bahawa peranti yang diberikan adalah berkualiti, berjenama dan mempunyai waranti.

Sekiranya peranti tersebut mempunyai masalah dan kerosakan pelajar boleh mengembalikan kepada pihak berkaitan dimana ia akan dibaiki, diganti dan diberikan set gantian.

Info penting, peranti tersebut tidak boleh di pindah milik, dijual ataupun dihilangkan oleh penerima ini adalah kerana ia adalah berdaftar milik kerajaan, walaupun ia diberikan secara percuma kepada pelajar.

Tujuan utama adalah mengelakkan penyalah gunaan peranti yang diberikan kerana berdasarkan pengalaman lalu terdapat pelajar yang menerima peranti, ada dikalangan mereka yang menjualnya atau memberikan kepada orang lain.

Peranti Perlu Dipulangkan Setelah Tamat Pengajian

Makluman tambahan, bagi pelajar yang menerima peranti selepas menamatkan pengajian, mereka perlu mengembalikan peranti tersebut kepada pusat pengajian.

Apakah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah salah satu inisiatif kerajaan memastikan golongan pelajar pengajian tinggi mempunyai peranti dan akses internet pada kos yang berpatutan.

Selain itu, inisiatif kerajaan bersama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan peranti kepada pelajar pengajian tinggi dari golongan b40.

Program ini dilaksanakan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengajian Tinggi, dimana ia melibatkan peruntukan sebanyak RM450 juta.

Syarikat telekomunikasi terpilih juga membantu menyumbang kira-kira RM65 juta.

Adalah dijangkakan program ini memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar pengajian tinggi di seluruh negara.

Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :

  1. Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  2. Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  3. Maxis Berhad (Maxis)
  4. U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  5. Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  6. YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Permohonan

Permohonan boleh dibuat bermula 15 April 2022 melalui portal rasmi Kementeria Kommunikasi dan Multimedia K-KOMM.

Tarikh Penerimaan Peranti

Pengagihan akan diberikan pada minggu kedua bulan Jun 2022 kepada pelajar yang layak.

Pengagihan peranti akan dibuat kepada dua sesi, iaitu

  • Sesi pertama – membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.
  • Sesi kedua – bagi kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.

Kelayakan Permohonan

Siapakah yang layak menerima tablet percuma ini?

Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.

Inisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Infomasi lain

Perlaksaan program ini akan di kawal selia oleh satu unit di bawah KKMM dengan kerjasama MCMC dan KPT.

Pakej ini diumumkan dalam Bajet 2022 sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memastikan pelajar IPT mempunyai tablet peranti dan akses internet pada kos yang sangat berpatutan.

Rayuan untuk memohon pakej peranti ini akan dibenarkan jika ada data permohonan yang tidak lengkap atau nama yang tercicir.

Adalah diharapkan wakil rakyat, pegawai daerah, pegawai universiti bekerjasama untuk beri pengesahan dan sokongan kepada penuntut.

Satu unit juga akan dibangunkan kepada kementerian pengajian tinggi untuk kendali pangkalan data berkaitan dengan jumlah pelajar yang layak menerima peranti berkenaan.

10% daripada jumlah PerantiSiswa itu juga dicadangkan di agihkan kepada pelajar mengikut kes tertentu seperti berikut.

  • Pelajar miskin yang tidak termasuk dalam kategori program ijazah, diploma dan sebagainya.
  • Pelajar lepas ijazah, ijazah Doktor Falsafah (Phd) atau dalam program pensijilan tertentu tetapi tidak mampu.
  • Pelajar yang tidak miskin akan tetapi terjejas akibat bencana.

Penafian – Semua informasi yang telah kami kongsikan diatas hanyalah panduan dan rujukan ringkasan sahaja. Pihak kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana agensi bukan kerajaan atau berkaitan dengan jabatan kerajaan. Namun informasi yang pihak Mynewskini kongsikan adalah berdasarkan sumber yang sahih dan rasmi.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

3 thoughts on “Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia”

Comments are closed.

Scroll to Top