Pelbagai Program & Bantuan Bulan April

Kerajaan Malaysia banyak memberi bantuan kepada rakyat tidak kira sama ada penjawat awam mahupun penjawat bukan awam.

Pada bulan April bermula fasa peralihan ke endemik setelah hampir 2 tahun menangani pandemik Covid-19, masyarakat kini mampu untuk meningkatkan ekonomi masing-masing.

Terdapat pelbagai bantuan kerajaan yang pihak kami dapat kongsikan pada artikel kali ini, semoga dapat memberi manfaat kepada pembaca-pembaca sekalian.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Berita baik kepada semua penjawat awam gred 56 dan kebawah, di mana pihak kerajaan telah pun bersetuju untuk memberi bantuan sebanyak RM500.

Manakala bagi pesara kerajaan akan menerima sebanyak RM250.

Kedua-dua pembayaran bagi bantuan khas Aidilfitiri ini akan di kreditkan ke dalam akaun bank peribadi bersama-sama dengan pembayaran gaji pada 25 April 2022.

Semoga pemberian bantuan khas aidilfitri tersebut dapat meringankan sedikit sebanyak beban kewangan kepada pesara dan juga penjawat awam.

Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE)

Sekiranya anda mempunyai pertubuhan kebajikan, anda di pelawa untuk memohon MyICE di mana sebanyak sehingga RM10,000 geran akan di berikan sebagai bantuan, mohon sekarang.

Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) akan membuat Pemberian Geran sehingga RM10,000 kepada pertubuhan berdaftar.

Objektif utama Malaysian Incentive Community Emporment ini adalah:

  • Memperkasakan pertubuhan melalui
    • Tadbir urus yang baik,
    • Nilai kesukarelawan melalui pertubuhan,
    • Kepimpinan yang unggul,
  • Memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Cara memohon dan maklumat lanjut:
Layari sistem permohonan MyICE di laman sesawang www.eroses.gov.my

Tempoh Permohonan 1 Februari 2022 hingga 31 Mei 2022.

Syarat permohonan:

  • Terbuka kepada pertubuhan berdaftar kepada kebajikan, sosial, keselamatan dan hak asasi.

PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TAHUN 2022

Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa Pegawai Kumpulan Pelaksana (Perkhidmatan Awam Persekutuan) yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan untuk memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Tahun 2022 secara SEPENUH MASA.

Peringkat pengajian yang di tawarkan:
▪️Sijil Kemahiran Malaysia
▪️Diploma Kemahiran Malaysia
▪️Diploma
▪️Ijazah Pertama

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2022
Permohonan dalam talian dan maklumat lanjut di https://esilav2.jpa.gov.my/

Nota tambahan, borang permohonan lengkap berserta dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA selewat-lewatnya 1 bulan sebelum tarikh memulakan pengajian sama ada cara serahan atau melalui pos.

TATACARA PERMOHONAN

  1. Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)1 masing-masing untuk memperakukan pegawai kumpulan pelaksana yang bersesuaian dan berkelayakan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.
  2. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui PPSM masing-masing serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan secara automatik TIDAK AKAN DIPROSES UNTUK TUJUAN PERTIMBANGAN

SYARAT-SYARAT UMUM

  1. Had umur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2022:
  2. Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam Perkhidmatan AwamPersekutuan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  3. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini;
  4. Mencapai markah minimum LNPT 85% bagi tempoh tiga tahun terakhir berturut-turut (2019, 2020 & 2021) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
  5. Telah menerima tawaran melanjutkan pengajian pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh JPK atau politeknik/ universiti awam yang dipersetujui JPA;
  6. Pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti kursus pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki;
  7. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/ sederhana/ pendek di bawah kemudahan cuti belajar sedia
  8. Permohonan diperakui oleh Ketua Jabatan dan/ atau Ketua Perkhidmatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);
  9. Bebas dari sebarang pertuduhan/ tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah;
  10. Bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan penaja lain;
  11. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima (5) tahun terkini;
  12. Calon perlu bebas dari sebarang penyakit kronik.
  13. Calon tidak mendapat penajaan/ biasiswa/ pinjaman dari badan-badan lain bagi kursus yang dimohon.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh membuat pertanyaaan melalui Saluran pertanyaan berikut:
Unit Pembangunan Latihan Dalam Perkhidmatan
i) Talian : 03-8885 3468 / 3518 / 3359 / 3421 / 3440
ii) Emel : [email protected]

SYARAT-SYARAT KHUSUS

SIJIL/ DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

  1. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun pada 1 Januari 2022;
  2. Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM);
  3. Pegawai mengikuti kursus/ latihan kemahiran dalam tempoh :
    • Sijil Kemahiran Malaysia : 6 hingga 24 bulan
    • Diploma Kemahiran Malaysia : 24 hingga 36 bulan
  4. Kursus ditauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM);
  5. Memiliki kelulusan di peringkat sijil dalam bidang yang sama dengan kursus yang dimohon (mengikut Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)) – bagi permohonan Diploma Kemahiran Malaysia sahaja; dan
  6. Telah menerima tawaran melanjutkan pengajian pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

DIPLOMA

  1. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun pada 1 Januari 2022;
  2. Memperoleh pencapaian akademik sekurang-kurangnya lima (5) kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah;
  3. Telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditetapkan seperti di LAMPIRAN 2 pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di politeknik/ politeknik premier/ universiti awam yang dipersetujui JPA seperti LAMPIRAN 4; dan
  4. Kursus yang diikuti hendaklah mendapat akreditasi penuh oleh MQA.

IJAZAH PERTAMA

  1. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun pada 1 Januari 2022;
  2. Memperoleh pencapaian akademik sekurang-kurangnya lima kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah atau kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang telah disetarakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) kepada SPM;
  3. Memiliki kelulusan sama ada Diploma/ Diploma TVET/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ A-Level;
  4. Memperoleh skor bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya Band 2;
  5. Telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditetapkan seperti di LAMPIRAN 2 pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di politeknik/ politeknik premier/ universiti awam yang dipersetujui JPA seperti LAMPIRAN 4; dan
  6. Kursus yang diikuti hendaklah mendapat akreditasi penuh oleh MQA.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top