Insentif Tabung Bencana Pertanian Kelantan: Cara Permohonan

Insentif Tabung Bencana Pertanian Kelantan diwujudkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kelantan bagi membantu usahawan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda dan menjejaskan hasil pertanian mereka.

Bagi usahawan pertanian yang telah terjejas sangat digalakkan untuk memohon insentif yang disediakan ini bagi meringankan beban yang dihadapi mereka akibat bencana yang berlaku.

Usahawan pertanian di Negeri Kelantan yang terkesan akibat bencana banjir bolehlah membuat permohonan menerusi Insentif Tabung Bencana ini.

Tanaman Layak Memohon

Permohonan insentif ini hanya layak kepada tanaman padi dan agromakanan sahaja.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi permohonan berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://cdn.me-qr.com/pdf/11615026.pdf.
  2. Isi borang tersebut dan dapatkan pengesahan daripada Ketua Kampung/Penghulu.
  3. Buat laporan polis.
  4. Ambil gambar kerosakan dengan jelas beserta kerosakan tanaman dan maklumat meliputi:
    – Lokasi
    – Daerah
    – Negeri
    – Tarikh
  5. Sediakan salinan kad pengenalan dan salinan geran tanah/surat perjanjian sewa tanah.
  6. Semua dokumen diatas perlu dihantar ke Pejabat Pertanian berhampiran.

Borang permohonan perlu dihantar dalam tempoh 15 hari selepas bencana.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Insentif Tabung Bencana ini, sila hubungi Pejabat Pertanian Jajahan berikut:

  • Bachok: 09-778 8267
  • Gua Musang: 09-912 1230
  • Jeli: 09-944 0337
  • Kota Bahru: 09-746 2932
  • Kuala Krai: 09-966 6192
  • Machang: 09-975 1381
  • Pasir Mas: 09-790 9137
  • Pasir Puteh: 09-786 6097
  • Tanah Merah: 09-955 6337
  • Tumpat: 09-725 7343
  • Lojing: 09-922 1963

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top