Bantuan Kerajaan 2023, Setakat Awal Januari Ini

Bantuan kerajaan 2023 yang telah diumumkan sehingga setakat awal Januari 2023 ini bermula dari pentadbiran kerajaan baru dari tahun lalu.

Terdapat beberapa jenis bantuan-bantuan kerajaan yang pihak Mynewskini akan kongsikan atau pembaca sedia maklum bahawa ia sangat membantu untuk meringankan beban rakyat.

Antara bantuan-bantuan kerajaan tersebut adalah seperti berikut:

Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR)

BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1, bayaran akan diawalkan dari Mac pada Januari 2023. Bantuan Tunai Rakyat yang dahulu dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan.

Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1 pada Januari 2023.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 akan diberikan kepada semua murid tanpa melihat had pendapatan ibu bapa bermula pada Januari 2023.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah seperti berikut:

  • 12 Januari 2023

Sila semak dan lihat syarat kelayakan untuk menerima Bantuan BAP ini di sini.

Bantuan Khas Kerajaan Negeri Sebanyak RM1000

Bantuan khas ini diberikan sebagai tanda kerajaan Negeri Sabah sentiasa prihatin dan mengambil berai tentang kebajikan penawat awam di negeri itu.

Penjawat awam yang layak, mereka akan menerima bantuan khas ini sebanyak :

  • Setengah bulan gaji (minimum RM1000)

Ketua Menteri Sabah memberitahu bahawa, bayaran bagi Bantuan Khas ini akan diberikan pada :

  • BULAN JANUARI 2023

Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Bantuan Khas Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Mac tahun depan, bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023.

Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2023 akan dinaikkan kepada RM600 berbanding RM500 pada tahun 2022.

Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan Mac 2023, bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023.

Bantuan Am Persekutuan RM350 Sebulan

Bantuan Am Persekutuan disediakan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga.

Bagi kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan ini, penerima akan mendapat sebanyak :

  • RM100 sehingga RM350 (Maksimum)

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan Bantuan Am Persekutuan ini, cara memohon dan semak syarat tersebut di SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top