Bantuan Musim Tengkujuh RM800 Disalur Melalui 3 Fasa

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) akan disampaikan sebanyak RM800 melalui tiga fasa kepada penoreh getah Felda yang layak di seluruh negara bermula antara Januari dan Mac ini.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM9.7 juta kepada 12,138 peneroka tanaman getah Felda.

Setiap peneroka berkenaan akan menerima bantuan RM800, yang akan disampaikan menerusi tiga fasa, dengan fasa pertama pada bulan ini, manakala fasa kedua bulan depan, dan fasa ketiga pada bulan Mac, menurut Jabatan Komunikasi Strategik Felda.

Menurutnya bayaran fasa pertama dan kedua masing-masing melibatkan nilai RM300 manakala fasa ketiga RM200, dan semua bayaran ini akan dibuat secara terus ke akaun bank peneroka terlibat. Sumber ini diperoleh dari berita Astro Awani

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh BMT adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka tidak mempunyai hasil dari tanaman mereka.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM800 berbanding sebelum ini RM600 sahaja dan dibayar melalui tiga fasa secara terus ke akaun bank.

  • Fasa 1 Januari 2023 – RM300
  • Fasa 2 Februari 2023 – RM300
  • Fasa 3 Mac 2023 – RM200

Syarat Kelayakan Bantuan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh BMT:

Pekebun Kecil RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
  • Kelausan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja

Penoreh Bukan Pemilik

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Peneroka tanaman getah yang layak menerima bantuan ini terdiri daripada:

  • mereka yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah Felda,
  • mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah serta
  • mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama Felda.

Semakan Kelulusan BMT

Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem BMT RISDA

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Musim Tengkujuh BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022 atau

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 219 | Emel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Bantuan Musim Tengkujuh RM800 Disalur Melalui 3 Fasa”

Comments are closed.

Scroll to Top