Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia

Lembaga Getah Malaysia

Lembaga Getah Malaysia merupakan agensi badan kerajaan yang ditubuhkan bagi memantau dan mengawasi pertumbuhan dan penghasil tanaman getah di Malaysia.

Untuk pengumuman semua, Lembaga Getah Malaysia telah membuka jawatan-jawatan kosong terkini (pada tahun 2022), di mana terdapat pelbagai taraf gred dan lokasi penempatan di seluruh Malaysia.

Warganegara Malaysia yang layak dan berminat boleh lihat ringkasan maklumat jawatan kosong dan syarat-syarat yang dikongsikan pihak kami ini.

Senarai Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia

Berikut merupakan senarai jawatan-jawatan kosong yang terdapat di Lembaga Getah (LGM) yang anda boleh mohon mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan:

  1. Pegawai Teknologi F41
  2. Pegawai Tadbir N41
  3. Pegawai Tadbir (Ekonomi) N41
  4. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
  5. Penolong Pegawai Penyelidik Q36
  6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
  7. Penolong Jurutera JA29
  8. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  9. Penolong Pegawai Tadbir (Pereka)N29
  10. Penolong Pegawai Tadbir N29
  11. Pembantu Khas/Setiausaha Pejabat N29
  12. Pembantu Kemahiran H19
  13. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  14. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  15. Pembantu Penyelidik Q19
  16. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
  17. Operator Loji H11
  18. Pemandu Kenderaan H11
  19. Pembantu Awam H11
  20. Pengawal Keselamatan KP11
  21. Pembantu Operasi N11

Jadual gaji, taraf penjawatan dan lokasi penempatan boleh dirujuk melalui laman web Lembaga Getah Malaysia yang dikongsikan di perenggan Cara Permohonan di bawah.

Syarat-syarat Umum Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat umum permohonan bagi jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Berumur tidak kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun, atau
  4. Berumur tidak kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun, atau
  5. Berumur tidak kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun,
  6. Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  7. Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  8. Berpewatakan menarik

Cara Permohonan

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia:

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang online di laman rasmi diĀ Lembaga Getah Malaysia (https://www.lgm.gov.my/)
  2. Pastikan anda mengisi maklumat diri dengan betul, tepat dan terkini.
  3. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang diberikan sebelum menghantar borang permohonan.
  4. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak Lembaga Getah sebelum atau pada tarikh tutup.
  5. Sebarang permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
  6. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di Lampiran A untuk jawatan yang dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.
  7. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara atas talian.
  8. Permohonan tidak perlu dicetak atau di pos.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh permohonan akan ditutup pada 8 Mac 2022.

Catatan am:

  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk link di bawah bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia. https://www.lgm.gov.my/webv2/announcement/38

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia/ Seksyen Perjawatan Lembaga Getah Malaysia di talian 03-9206 2000 ext : 2205

Nota umum: Pihak kami tidak berkaitan dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta dalam penjawatan. Pihak kami hanya berkongsi maklumat kerjaya agar pembaca atau pelawat dipermudahkan dalam usaha mencari kerja. Harap maklum

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top