Pendaftaran Kanak-Kanak Tahun 1 Sesi Persekolahan 2023

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lahir pada tahun 2016 dan 2017 dah boleh membuat pendaftaran persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2023 dan 2024 secara atas talian.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan dan pendaftaran kanak-kanak ke tahun 1.

Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama dalam laman sesawang rasmi KPM untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah pernah daftar akaun sendiri.

Setelah akaun sendiri telah berdaftan dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.

Semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan boleh dilakukan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara membuat permohonan pendaftaran Tahun 1 secara online bagi sesi 2023 / 2024 yang akan dibuka mulai 1 Mac 2022 ini.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 melalui permohonan online di laman web https://public.moe.gov.my

Tarikh Mohon Pendaftaran Murid Tahun 1 2023/2024

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting permohonan untuk pendaftaran:

  • Tarikh Buka : 1 Mac 2022
  • Tarikh Tutup : 30 April 2022
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
  • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

Syarat-syarat asas permohonan:

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 untuk sesi persekolahan 2023
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 untuk sesi persekolahan 2024
  • Permohonan dibuat secara online di lawan sesawang https://public.moe.gov.my
  • Tempoh permohonan bermula 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022

Butiran lanjut boleh dirujuk dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia atau menghubungi sekolah yang berkenaan.

Dokumen Murid Yang Diperlukan

  1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  2. Sijil lahir atau surat beranak murid
  3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

Cara Daftar Murid Tahun 1 Secara Dalam Talian

  1. Layari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) di pautan ini https://public.moe.gov.my/
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna  
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
  16. Rujuk Manual Pendaftaran ini.

Penafian

Pihak admin Mynewskini tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul seperti pencerobohan pengenalan identiti pengguna dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna serta pengguna aplikasi bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang ditambah atau dikemaskini oleh pengguna.

Pihak admin Mynewskini juga tidak berkaitan dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta dimana pihak kami hanya berkongsi maklumat semasa yang berguna kepada pelawat dan pembaca. Harap maklum.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top