Kecewa Ditipu, Individu Akui Wanita Simpanan Aliff Aziz Sejak Januari 2024

Mengejutkan! Seorang individu mengakui bahawa dirinya merupakan kekasih gelap penyanyi, Aliff Aziz.

Kecewa ditipu

Melalui pendedahan yang dikongsikan, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine tampil menjelaskan keadaan sebenar untuk menjernihkan keadaan kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz terus-menerus dikecam warganet.

Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024. Aliff tidak berhak dituduh berseorangan.

Tidak menafikan berasa terkejut dan kecewa apabila mengetahui dirinya ‘diduakan’ oleh Aliff.

‘Dalang’ rumahtangga Aliff berbolak-balik

Dalam pada masa yang sama, wanita terbabit turut mengakui bahawa pelakon yang diberi nama singkatan ‘NRF’ merupakan dalang membolak-balikkan rumahtangga penyanyi berkenaan.

Saya baca perbualan mereka dan alangkah terkejutnya saya melihat rancangan NRF untuk membolak-balikkan hati Aliff kepada Bella.

Lihat Instagram Sarah Yasmin

Sebelum ini, nama Aliff Aziz menjadi ‘panas’ selepas dirinya dicekup tangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara.

Sumber Beautifulnara

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top