Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2023 Kini Dibuka

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Kemas kini dibuka untuk warganegara, bagi mereka yang berminat dan berkelayakan boleh memohon.

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA KEMAS) TAHUN 2023 (kis.kemas.gov.my)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA) Tahun 2023.

Permohonan dibuka mulai 20 Januari 2023 (Jumaat) sehingga 3 Februari 2023 (Jumaat).

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan tawaran ini.

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA KEMAS)

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  • Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

MAKLUMAT KURSUS

  • Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
  • Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak

SYARAT KELAYAKAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Diploma akademik dalam bidang pendidikan awal kanak- kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
  4. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
  6. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).
  7. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://kis.kemas.gov.my

Sila rujuk langkah-langkah pendaftaran dan permohonan online seperti berikut:

Tarikh Permohonan

Mulai 20 Januari hingga 3 Februari 2023

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Maklumat Lanjut Permohonan Online (kis.kemas.gov.my)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran di bawah :

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui saluran berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top