Kredit E-Wallet Percuma RM200 & RM100 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju akan melanjutkan bantuan e-Wallet untuk tahun 2023. Ianya telah diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini.

Bagi yang belum tahu, e-Pemula pada tahun ini menawarkan tambahan pada kadar bantuan iaitu sebanyak RM200 berbanding dengan sebelum ini hanya RM150 sahaja.

E-PEMULA 2023

Atas dasar keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Pemula bagi tahun 2023 diteruskan lagi.

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 2 juta belia dan 8 juta kumpulan M40.

Untuk makluman anda, kadar bayaran e-Pemula pada tahun hadapan akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.

Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM200

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ini:

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18-20 tahun
  • Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  • Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

Berikut adalah syarat kelayakan bagi 2 golongan yang akan terima inisiatif e-Pemula 2023 :

e-Pemula Belia

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
  • Pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas

e-Pemula M40

  • Kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000

Pihak kami akan kemas kini maklumat lanjut mengenai inisiatif e-Pemula bantuan kredit e-dompet ini sekiranya ada makluman terbaru mengenainya.

KADAR BANTUAN BAHARU E-PEMULA 2023

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif e-Pemula akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet kepada 2 golongan dimana, setiap golongan akan menerima bantuan pada kadar berikut :

  • e-Pemula Bujang : RM200
  • e-Pemula M40 : RM100

Cara Menebus Bantuan e-Wallet RM200

Penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui aplikasi perkhidmatan e-tunai seperti:

  • BigPay
  • GrabPay
  • ShopeePay
  • Touch ‘n Go eWallet

Setiap penebus hanya boleh membuat penebusan di sebuah aplikasi perkhidmatan e-tunai sahaja.

Dijangkakan program bantuan e-pemula ini akan dilaksanakan pada suku pertama tahun ini. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top