Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ) RM10,000

Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ) merupakan geran kesinambungan daripada GOL 3.0 adalah sepenuhnya milik Kerajaan Negeri Johor dan dilaksanakan oleh PUJB.

Bantuan ini hanya boleh dimohon oleh usahawan bertaraf mikro sahaja yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (merujuk Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) 2013.

Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) telah membuka permojonan bagi mendapatkan bantuan geran perniagaan sehingga RM10,000.00 menerusi Geran Usahawan Bangsa Johor (GUBJ 2023).

Tarikh Permohonan

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan:

  • mulai 15 Januari 2023, Ahad, jam 10.00 malam sehingga 6 Februari 2023, Isnin, jam 5.00 petang.

Kluster Perniagaan

Kluster perniagaan yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Pemprosesan Makanan dan Minuman: Merangkumi pembuatan makanan dan minuman termasuk perniagaan katering dan peniaga jalanan (penjaja).
  • Pengurusan Acara: Merangkumi bidang pengurusan acara dan seni kreatif seperti pemuzik jalanan atau band yang berdaftar.
  • Pendidikan: Merangkumi bidang perkhidmatan yang berkaitan pendidikan seperti pusat asuhan dan tadika.
  • Automotif: Merangkumi bidang perkhidmatan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta.
  • Gunting Rambut: Merangkumi bidang perkhidmatan dandanan rambut
  • Percetakan: Merangkumi bidang perkhidmatan percetakan 
Geran usahawan bangsa Johor

Skop Permohonan Bantuan

Skop permohonan bantuan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Mesin atau peralatan (sila kepilkan 1 sebutharga daripada pembekal)
  • Mesin dan peralatan yang dimohon tidak dibenarkan untuk penambahan stok dan kegunaan pejabat.
  • Mesin dan Peralatan haruslah dapat membantu meningkatkan tahap perkhidmatan sesebuah syarikat.
  • Sebut harga haruslah daripada pembekal yang sah dan tidak boleh diambil daripada platform atas talian seperti Lazada, Shoppe atau laman e-dagang lain.
  • Sebut harga perlu mempunyai cop rasmi dan “letterhead’’ syarikat pembekal.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon
  3. Mempunyai premis perniagaan atau bengkel atau ruang khas di dalam rumah yang beroperasi di dalam Negeri Johor.
  4. Syarikat yang belum pernah menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun.
  5. Telah menjalankan perniagaan selama 6 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM.
  6. Mengemukakan salinan penyata akaun syarikat untuk 1 bulan terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi.
  7. Menyertakan gambar premis, bengkel atau ruang khas bagi perniagaan yang dijalankan.
  8. Satu syarikat hanya layak untuk satu permohonan sahaja.
  9. Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor
  10. Sila berikan 1 sebutharga bagi peralatan / mesin yang dipohon. Sebutharga yang diberikan dijadikan panduan bagi jenis item dan harga dan tidak mengikat pihak PUJB untuk memilih pembekal tersebut.

Cara Memohon

Permohonan geran ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Buka akaun PADU dengan melayari https://www.padu.pujb.my dan daftar akaun anda.
  2. Log masuk ke dalam sistem PADU menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Lengkapkan dan kemaskini borang maklumat usahawan dengan lengkap, betul dan telus.
  4. Cari iklan permohonan di ruangan di papan pemuka dan klik maklumat lanjut untuk mula permohonan.
  5. Lengkapkan borang permohonan geran usahawan bangsa Johor dengan lengkap, betul dan telus.
  6. Setelah selesai mengisi borang permohonan, klik butang ‘Hantar’ dan permohonan telah direkodkan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai GUJB, sila berhubung secara WhatsApp di https://wa.me/message/KFBG7VMQOAAPB1.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top