Malaria Zoonotik ancaman baharu kesihatan.

Malaria zoonotik merupakan ancaman baharu kepada kesihatan kita, kerana kes peningkatan jangkitan malaria zoonotik yang boleh mengakibatkan jangkitan malaria teruk serta berpotensi menyebabkan kematian sekiranya lewat didiagnos dan dirawat.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) juga ada mengesahkan dua kematian membabitkan jangkitan malaria zoonotik di Terengganu tahun ini.

Malaria Zoonotik

Malaria zoonotik disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi dan penularannya kerap berlaku di luar rumah.

Ia ditularkan dari beruk atau kera yang merupakan perumah semula jadi bagi parasit kepada manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles sp.

Berita Berkaitan

PUTRAJAYA: Malaysia sedang menghadapi ancaman baharu serius dalam jangkitan malaria iaitu peningkatan jangkitan malaria zoonotik yang boleh mengakibatkan jangkitan malaria teruk serta berpotensi menyebabkan kematian sekiranya lewat didiagnos dan dirawat.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, daripada 404 kes malaria yang dilaporkan pada tahun 2022, 89.2 peratus adalah kes malaria zoonotik dan selebihnya adalah kes malaria import.

Menurutnya, sebanyak sembilan dari 11 kes kematian malaria yang direkodkan pada tahun lalu melibatkan malaria zoonotik dan dua kes malaria import.

“Sehingga minggu epidemiologi 10/2023, jumlah kumulatif kes malaria yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 527 kes dan jumlah ini meningkat sebanyak 30.4 peratus (123 kes) berbanding tahun lalu iaitu 404 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 460 adalah kes malaria zoonotik dan 67 kes import malaria manusia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Tropical Infectious Disease 2023 di sini hari ini.

Jelasnya, berbeza dengan kes jangkitan malaria manusia, penularan jangkitan malaria zoonotik kebiasaannya berlaku di rumah dan cabaran KKM dalam menangani jangkitan ini adalah mengenal pasti kaedah kawalan vektor yang berkesan.

“Langkah yang sepatutnya kita akan laksanakan termasuk kaedah semburan dan pembersihan kawasan bagi memastikan kes-kes malaria zoonotik ini terkawal,” ujarnya.

Malaria zoonotik
Dr. Zaliha ketika berucap sewaktu menyempurnakan Majlis Perasmian Tropical Infectious Disease Conference 2023 di Hotel Everly Putrajaya, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO

Mengulas mengenai persidangan Tropical Infectious Disease 2023, Zaliha berkata, ia merupakan persidangan yang diadakan buat pertama kali di peringkat kebangsaan untuk memberi pendedahan tentang strategi terkini dalam menangani penyakit berjangkit dari segi pencegahan, diagnosis dan rawatan.

Katanya, persidangan selama dua hari itu mengumpulkan lebih 500 peserta dari seluruh negara yang terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, paramedik, pegawai farmasi serta pertubuhan bukan kerajaan. – UTUSAN

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top