Pakej Perpaduan Prabayar Internet 2023 Hanya RM30

Pakej Perpaduan Prabayar Internet untuk tempoh terhad ini boleh didapati mulai Februari sehingga 31 Disember 2023.

Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih ditawar kepada belia sehingga 30 tahun, B40, OKU, warga emas dan veteran pasukan beruniform.

Pengguna bakal nikmati Internet mudah alih pada harga rendah, kelajuan internet yang memuaskan pengguna.

Pakej Perpaduan Prabayar Internet

Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan harga RM30.

Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan pakej prabayar mudah alih ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan internet merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat.

Langkah penurunan harga ini jelas menunjukkan bahawa keperluan rakyat untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi dengan harga lebih murah dan mampu milik diberi perhatian serius Kerajaan Perpaduan

Ia menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps dengan kuota ditingkatkan daripada 20GB untuk tiga bulan (80 hari) kepada 30Gb untuk tempoh lebih lama iaitu selama enam bulan (180 hari).

Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia serta veteran polis.

Pengguna dapat menikmati penjimatan harga sebanyak 50 peratus berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada RM5 sebulan.

Pakej Perpaduan Prabayar Internet

Kelayakan Pakej Perpaduan 

Berikut adalah merupakan golongan yang layak menikmati pakej ini iaitu:

  • Belia berumur 30 tahun
  • Golongan B40
  • Orang kurang Upaya (OKU)
  • Warga emas
  • Veteran

Tarikh Perlaksanaan Pakej Perpaduan 

Perlaksanaan pakej ini akan mulai berada di pasaran pada Februari 2023.

Kadar Harga Dan Kuota Pakej Perpaduan 

Pakej rabayar Internet Mudah Alih diperkenal pada harga RM30

Kelajuan Internet : 3 Mbps

Kuota : 30GB untuk 6 bulan

Pakej ini merupakan pakej asas yang disedaiakan dan ia terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.

Syarikat Telco Yang Menawarkan Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih

Pakej ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu:

  • CelcomDigi,
  • Maxis,
  • U Mobile,
  • Telekom Malaysia (TM) dan
  • YTL Communications.

Tarikh Jualan & Pembelian

Pakej Prabayar Internet Perpaduan ini boleh didapati di pasaran mulai Februari 2023. Manakala bagi pakej Jalur Lebar akan berada di pasaran mulai Mac 2023.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk makluman penuh melalui kenyataan media oleh Kementerian Komunikasi dan Digital berikut atau anda boleh dapatkan melalui kenyataan media melalui website rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top