Skip to content

Mohon Bantuan Pelajar IPT Rakyat Kedah

Bagi pelajar yang berkelayakan, sila buat permohonan bantuan ipt sebanyak RM300 ini untuk mengurangkan beban kewangan. Sila rujuk maklumat yang dikongsikan di bawah.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) Sesi 1 Bagi Tahun 2024:

  • Pemohon/ Bapa/ Ibu LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah/ Institut Pengajian Tinggi).
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah adalah sehingga RM10,970.00 (tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan).
  • Permohonan dibuka bagi peringkat:
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Sijil Politeknik
  • Sijil Kolej Komuniti
  • Sijil Matrikulasi
  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Pengajian mestilah secara SEPENUH MASA untuk SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja dan mestilah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH/ INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency).
  • Pemohon hendaklah membuat BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN ataupun mengemukakan RESIT BAYARAN/ SURAT PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN MASUK SEKOLAH/ INSTITUT PENGAJIAN TINGGI.
  • Permohonan hanyalah diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  • Dokumen sokongan yang WAJIB untuk dimuat naik di dalam bentuk PDF/ JPG/ JPEG/ PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / ADUN/ Pegawai Daerah adalah seperti berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa.
  • Salinan Slip Gaji Bapa / Ibu/ Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Bapa/ Ibu/ Penjaga (BPPSPPNK/07).
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Sekolah / Institut Pengajian Tinggi.
  • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah/ Institut Pengajian Tinggi.
  •  Salinan Akaun Bank/ Penyata Bank pemohon.
  • Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman (BPPSPPNK/09). (Bagi Pemohon, Bapa dan Ibu yang LAHIR di  kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)

Pelajar kategori berikut adalah TIDAK LAYAK memohon :

  • Pelajar PASCA-SISWAZAH
  • Pelajar SEPARUH MASA
  • Pelajar LUAR KAMPUS
  • Pelajar di INSTITUT PERGURUAN (IPG)
  • Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Sijil SELAIN Politeknik dan Kolej Komunit
Bantuan ipt 2024

KADAR BANTUAN

Berikut merupakan kadar Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) Sesi 1 Bagi Tahun 2024:

  • RM300.00

TARIKH PERMOHONAN

Berikut merupakan tarikh permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) Sesi 1 Bagi Tahun 2024:

Semester Pertama Kemasukan Baharu Jan 2024 – Jun 2024

  • 1 MAC 2024 – 30 JUN 2024

KAEDAH PERMOHONAN

Berikut merupakan kaedah permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) Sesi 1 Bagi Tahun 2024, sila layari Portal SPPNK KEDAH di pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.