MyKid JPN Semakan Dan Permohonan

MyKid JPN Semakan Dan Permohonan. MyKid boleh dimohon di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Semakan permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi.

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan dan semakan status.

MyKid JPN

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Ciri-cirinya juga adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

“My” membawa maksud “Malaysia” manakala “Kid” pula adalah singkatan kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Terdapat 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Kelebihan MyKid JPN

Berikut adalah kelebihannya:

  • Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  • Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  • Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  • Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  • Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  • Bentuk cantik dan menarik

Cara Permohonan

Ia boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

  • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  • Dokumen pengenalan diri pemohon (ibu atau bapa)
    • Salinan IC Bapa
    • Salinan IC Ibu
  • Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir

Semakan Status MyKid Online 2023

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan online:

  • Layari https://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
  • Masukkan nombor mykid anak dan kod keselamatan yang dipaparkan
  • Klik semak dan status pemberitahuan sama ada telah siap atau belum akan dipaparkan untuk tujuan pengambilan di Pejabat JPN

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendafataran Negara (JPN) di pautan berikut https://www.jpn.gov.my/

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288
Emel(@jpn.gov.my)

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top