Rebat Bil Elektrik RM40

Rebat bil elektrik RM40. Menerusi Pembentangan Bajet 2024, Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian rebat bil elektrik maksimum RM40 sebulan kepada isi rumah yang berada dalam kategori miskin tegar dengan peruntukan RM55 Juta.

Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih dan dikategorikan sebagai Miskin Tegar sahaja yang layak menerima rebat bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40.

Syarat-syarat Program Rebat Bil Elektrik RM40

Untuk layak menerima rebat, KIR perlu memenuhi beberapa syarat seperti berikut:

  1. Status KIR Miskin Tegar: Penerima rebat perlu disenaraikan dan disahkan sebagai KIR berstatus miskin tegar dalam Sistem eKasih. Ini memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang memerlukan secara tepat.
  2. Bil Elektrik Sehingga RM40: Program ini membolehkan penerima menerima rebat sehingga maksimum RM40 setiap bulan. Rebat ini terpakai hanya kepada Tarif A iaitu tarif rumah kediaman atau domestik sahaja. Jika bil elektrik kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya. Sekiranya bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
  3. Satu Akaun Bil Elektrik Sahaja : Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih hanya berhak untuk menerima rebat bagi satu akaun bil elektrik.
Rebat bil elektrik

Syarat dan maklumat lebih lanjut boleh dilayari di halaman :

Cara Semakan Rebat

Pengguna yang ingin membuat semakan ke atas rebat bil elektrik mereka boleh melawat Portal Semakan Rebat Bil Elektrik dibawah seliaan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui laman sesawang rasmi NRECC.

Semakan boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk memastikan status dan kelayakan.

Semakan boleh dibuat disini :

Tempoh Kelayakan

Rebat bil elektrik RM40 akan diberikan kepada penerima bermula dari tarikh kelayakan atau tarikh kemas kini maklumat akaun sehingga 31 Disember 2023.

Ini berdasarkan tarikh bil elektrik masing-masing pengguna. Program ini bertujuan memberikan bantuan yang berkesan dan menyeluruh kepada golongan miskin tegar untuk membantu mereka menguruskan perbelanjaan bulanan.

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi beberapa talian hotline yang telah disediakan atau mengunjungi cawangan utiliti yang terdekat :
1. MyGCC : 03 8000 8000
2. TNB : 1 300 88 5454
3. SESB (Sabah) : 088 515 000 15454
4. Sarawak Energy (Sarawak) : 1 300 88 3111

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top