Pemberian Vaksin COVID-19 Secara Walk-in

Pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus (walk-in) dan tanpa perlu janji temu boleh mula dilakukan di Klinik Kesihatan dan hospital kerajaan bermula 9 Januari 2023.

Keutamaan adalah kepada mereka yang berisiko tinggi, mempunyai komorbiditi dan warga emas. Vaksin terbukti mampu melindungi kita daripada komplikasi serius jangkitan COVID-19.

Pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus (walk-in)
Sumber FB KKM

Tarikh bermula: 9 Januari 2023

Masa: Mengikut waktu operasi klinik dan hospital

Lokasi: Bertempat di semua Klinik Kesihatan Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia

Kriteria:

  1. Kes dengan komorbiditi terrmasuk penyakit kronik
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan keatas
  3. Individu berisiko mendapat gejala teruk dan komplikasi jangkitan Covid-19

APA ITU COVID-19?

Penyakit COVID-19 disebabkan oleh coronavirus yang disebut SARS-CoV-2. Gejala mungkin muncul 2 hingga 14 hari
selepas terdedah kepada virus. Gejala yang mungkin dialami adalah:
• demam atau menggigil;
• batuk;
• sesak nafas;
• keletihan;
• sakit otot atau badan;
• sakit kepala;
• kehilangan deria rasa baru atau bau;
• sakit tekak;
• kesesakan atau hidung berair;
• loya atau muntah; atau
• cirit-birit.

APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID 19?

Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat
vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian
penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak
layak menerima vaksinasi.

APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DIGUNAKAN DI MALAYSIA?
• Terdapat beberapa jenis yang akan digunakan di Malaysia iaitu:
• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka
• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac
• Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran Cansino
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya

Syor terkini pemberian dos penggalak oleh kumpulan kerja teknikal KKM

Dikongsikan syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berkenaan pemberian dos penggalak.

Individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak telah terbukti mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.

Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti selepas tempoh yang tertentu (waning imunity), risiko kumpulan rentan untuk mendapat jangkitan yang teruk dan komplikasi penyakit COVID-19 adalah tinggi.

Oleh itu, pengambilan pengambilan vaksin dos penggalak kedua adalah amat digalakkan, terutamanya bagi kumpulan ini.

Dos Penggalak Pertama

Kriteria:

  1. Individu berumur 18 tahun dan keatas sekurang-kurangnya 3 bulan selepas lengkap dos primer
  2. Remaja berumur 12 hingga 17 tahun sekurang-kurangnya 6 bulan selepas lengkap dos primer

Dos Penggalak Kedua

Kriteria:

  1. Individu berumur 18 tahun dan keatas dengan masalah kesihatan berisiko tinggi
  2. Individu berumur 50 tahun dan keatas
  3. Penghuni fasiliti penjagaan jangka panjang
  4. Petugas kesihatan barisan hadapan
  5. Wanita hamil atau menyusukan anak
  6. Individu tanpa masalah kesihatan berumur 18 tahun dan keatas

Masyarakat dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat bagi menghindarkan diri dari bahaya jangkitan COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain.

Disarankan juga sentiasa mengamalkan TRIIS. Bagi mereka yang berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai komorbid amat digalakkan memakai pelitup muka terutama di kawasan atau tempat yang sesak, seperti perhimpunan ramai.

Mereka yang bergejala pula digalakkan memakai pelitup muka dan menjalankan ujian COVID-19 kendiri.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat dan FAQ boleh layari laman rasmi tentang pemberian vaksin di https://covid-19.moh.gov.my/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top