Pengeluaran Khas KWSP FSA 2 RM50,000 Dibenarkan

Pengeluaran Khas KWSP FSA 2 RM50,000 telah dibenarkan. Pengeluaran KWSP bersyarat yang baru dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan pencarum memohon pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.

Melalui perkhidmatan ini, pencarum berumur 55 tahun ke bawah dibenarkan untuk membuat permohonan. Untuk maklumat penuh, sila rujuk perkara di bawah.

Pengeluaran Khas KWSP FASILITI SOKONGAN AKAUN 2

Fasiliti Sokongan Akaun 2 merupakan sebuah kemudahan bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Simpanan dalam Akaun 2 digunakan untuk membayar pembiayaan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.

PENGELUARAN SEHINGGA RM50,000

Jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP

Pengeluaran Khas KWSP FSA 2

Fasiliti Sokongan Akaun 2 Syarat-syarat Permohonan

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 50 tahun.
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan
  • Permohonan dibuka selama setahun (12 bulan) bermula dari tarikh yang akan diumumkan kelak
  • Amaun minimum sebanyak RM3000 dalam Akaun 2 KWSP
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000
  • Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli
  • Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan institusi perbankan yang dipohon

CARA MEMOHOAN PENGELUARA BERSYARAT FSA2

Berikut merupakan cara memohon pengeluaran bersyarat umur 50 atau 55 tahun melalui institusi perbankan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

  • Langkah 1
    • Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal perbankan yang mengambil bahagian
  • Langkah 2
    • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dengan institusi perbankan
  • Langkah 3
    • Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun kepada KWSP melalui portal perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan

Sila pastikan perkara berikut untuk kelancaran urusan:

  1. Semak kelayakan awal melalui Akaun 2 KWSP
  2. Buat permohonan melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian
  3. Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self-service Terminal di cawangan KWSP atau kiosk di UTC berdekatan untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan

TARIKH SEMAKAN KELAYAKAN

Bermula 5 April 2023, ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA 2 ini telahpun dibuka bermula :

  • 7 APRIL 2023

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2, ahli boleh merujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.

Untuk Artikel Penuh boleh dibaca disini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Pengeluaran Khas KWSP FSA 2 RM50,000 Dibenarkan”

  1. SANGAT PERLUKAN KWSP

    ni Anwar Ibrahim bg pun mcm x nk bg..ramai Pencarum KWSP di akaun 2 dh keluar pd Tahun2 yg lepas..agak2 la sikt Perdana Menteri yg Cerdik tp x berapa nk Cerdik..tp x th pd Tahun KWSP bole dibenarkan keluar oleh Perdana Menteri yg Allah kurniakan IQ Tinggi..Si Anwar Ibrahim ni dh dikeluarkan awal Penjara ke belum..apa2 sblm nk Keputusan bole Tanya tau tgk akaun Pencarum ckup ke x nk buat Pengeluaran..

Comments are closed.

Scroll to Top