Pengeluaran KWSP 2.0 Secara Bersasar

Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar kemungkinan boleh dikeluarkan bagi pencarum yang mempunyai baki akaun yang masih mencukupi.

Di petik daripada sumber berita harian online, informasi di bawah adalah berkaitan dengan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat membuat pengeluaran akaun itu sekali lagi secara bersasar, mempunyai baki akaun mencukupi untuk membuat pengeluaran.

Ia berdasarkan kajian dijalankan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), yang mendapati 79.6 peratus daripada 136,137 pencarum KWSP memiliki baki Akaun Satu lebih RM10,000, manakala selebihnya kurang RM10,000.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir, berkata kajian itu dijalankan selama 12 hari bermula 20 Disember lalu, bagi menyediakan data sokongan tambahan untuk tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.

“Daripada kaji selidik ini, ternyata pencarum KWSP yang terdesak memerlukan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar, mempunyai jumlah baki mencukupi untuk membuat pengeluaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, PGIRM dilaporkan membawa suara 270,000 pencarum yang memohon kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.

Permohonan daripada pencarum itu diterima melalui borang dalam talian dari Julai hingga November lalu, antaranya disebabkan desakan hidup yang sukar akibat inflasi, pengurangan pendapatan tidak seimbang dan tunggakan hutang pasca pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, laporan kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara beransur-ansur pada Januari 2023, pasti akan memberi kesan lebih teruk terhadap rakyat.

“PGIRM percaya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cakna dan prihatin terhadap suara serta kesusahan rakyat.

“Justeru, kami berharap diberi peluang bertemu Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar ini, dalam masa terdekat.

“Rakyat khususnya pencarum, sudah teruk terhimpit dengan kesusahan. Malah, terdapat segelintir daripada mereka yang sudah dan bercadang mengambil ‘jalan pintas’ untuk menyelesaikan masalah,” katanya.

Kredit BH Online pada 31 Disember 2022

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

24 thoughts on “Pengeluaran KWSP 2.0 Secara Bersasar”

  1. Saya sebagai pencarum KWSP, harus dan tegas menyuarakan pengeluaran khas KWSP bersasar , sekali lagi ,harap2 PM anuar yang menjadi bapak reformasi ,dengan cepat lulusannya

    1. assalamualaikum rasanya kwsp nie bgi je keluar.lain org lain masalah dia..terpulang la yg taknk keluar..tpi bgu golongon yg tk berapa mampu nie ade jgk tmpt dia nk ambil simpanan dia.kerajaan buat duk tahan macam ni.last2 org ambil jalan mudah pinjam ah lonng..hancur masa depan.benda simple jew.cuma ada kah kerajaan skrg tk ckp duit

  2. Jainel Bin Rinus

    TOLONG LAH UTK kali ini sahaja🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🥲🥲

    1. Semoga PM dapat meluluskan KWSP 2.0 bersasar utk kali ini,,kerana banyak sangat orang lain yg memerlukan termasuk saya untuk bayar hutang2 dan tampung belanja harian anak2 saya..Amin2 Rabbalallamin.

      1. Kami perlukan duit kami sendiri,bukanya menagih duit dari kerajaan,apa yg susah sangat nk bagi balik kepada pemilik,itu hak kami,menteri2 yg ada boleh la bercakap banyak,sebab gaji menteri2 dah melebihi sepuluh orang pekerja swasta,itu baru satu menteri,belum lagi masuk menteri2 yang tak boleh pakai yg masih lagi disimpan macam sampah…cakap pandai la..tak kena dekat muka sendiri..

    1. Assalamualaikum sy jg berhrp sgt pengeluaran kali ni dpt diluluskan dgn segera bagi bantu kami tuk membyr tunggakkn hutang dgn bank tuk byr yuran sekolah anak yg tertunggak pd tahu lepas dan tahun ni…sebab sy tak pernah pun mendpt sebrg bantuan dr kerajaan Malaysia sebab sy pemegang MyKas…

  3. Saya sgt2 berharap dilulus kn pengeluaran khas 2.0
    ..agar bisa mbyr hutang dn utk kelangsungan hidup bersama anak2

  4. Muhammad syafiq

    Tolong la kami sgt2 memerlukan duit ni untuk stabil kan balik masalah kewangan kami , please PM 10 Dato Sri Anwar Ibrahim

  5. Suzinah lesimon

    Kmi merayu betul betul buat kali trakhir pemgeluaran kwsp akaun 1 untuk menangani kenaikan barang yang belum stabil ini trutama makanan rutin harian sbp yang masih berkerja ini pun terjajas pendapatan tempt krja sales turun gaji pun turun men yewa rumah pun mahal semua ..rumah pun terbamgkalai tidak kesampaian duit gaji sdh sekarang maka kmi merayu betul buat pemgeluaran kwsp akaun 1 10kkah 20kkah one off buat kali trakhir tolonglah kmi rakyat susah dato ..tolonglah sayur pun dua tiga batang saja 4.00 sudah hrga dan fikirlah pagi petang tghri makan dgn klurga..mana lagi duit mencukupi ..oleh itu tolonglah sekali lagi buat kali terakhir ..

  6. Suzinah lesimon

    Kami merayu betul kau Dato DSI DATO ANUWAR IBRAHIM TOLONG BUAT PEMGELUARAN KWSP BUAT KALI TRAKHIR 20K ONE OFF BAGI SAYA PUN MASIH CUKUP JUGA TU DATO,UNTUK KASI KLUAR DAN DI KASI TINGGAL DLM AKAUN..KAMI SUSAH DATO ..BETUL BETUL RAKYAT SUSAH HARGA BARANG NAIK SAYUR SEGALA MAKANAN HARIAN NAIK 2,3,BATANG SAJA SAYUR PUN 4.00 ADA JUGA 6.00 SEIKAT. FIKIRLAH HARGA INI DENGAN GAJI YANG MURAH SEWA RUMAH PUN BANYAK TUNGGAKAN ..TIDAK MENCUKUPI GAJI BIKIN BAYAR SEWA,TOLONGLAH ..DATO🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏😭😭😭😭😭😭TOLONGLAH DATO ANUWAR IBRAHIM KLU LULUS,20K Saya kasih keluar dato saya bayar hutang kontrak buat rumah saya dato 15k saya bayar..belum masuk blnja harian dgn beli susu anak blnja sekolah lagi..maka itulah klu lulus saya punya bahagian 20k saya mau kasi kluar one off Dato ..

  7. Ja'ffar Bin Aris

    Saya sangat mengharapkan pengeluaran ini untuk membaiki rumah kediaman saya dan keluarga….

  8. Harap sangat pengeluaran khas diluluskn untuk kali ini. Dengan banjirnya..habis harta benda rosak,hutang yg tertunggak blm habis dijelaskn lagi tp yang lain pula mendatang,nak raya,nk sara keluarga. Bukan nk bermewah mewah pun. Selesai hutang tertunggak semua..lega minda. Memang kwsp utk hari tua..tp keadaan skg mendesak utk simpanan dikeluarkn. Bukan seronok2 nk buat pengeluaran. Saya byk tanggungan lagi2 d kampung. Skg ni semua benda mahal..dapat gaji xsempat sehari terus habis bayar benda2 tertunggak. Sakit sgt2 terkesan pandemik.

  9. Untuk menanggung kos perbelanjaan harian berikutan saya tidak boleh berkerja kerana terpaksa menjaga ibu saya yg sakit terlantar.. saya amat2 memerlukan wang tersebut untuk meneruskan kelangsungan hidup saya..

  10. Sy amat berharap pm baru boleh luluskan kwsp bersasar account 1 …acc 2 da nak hbis rakyatt nak bayar hutang yg tertunggak. …kerja pun teruk brg semua naikkkk…pening pening

  11. Assalamualaikum….sy juga berharap pihak Yang berkenaan…Kali ni dapat la keluarkan kwsp 2.0 ni…ekonomi yg mendesak..mcm2 nak bayar…rumah ..kereta..harga barang Naik…amat memerlukan…. semoga dipermudahkan segala urusan.. aamiin2…

  12. Bagaimana pula Mereka yang punya KWSP sedikit dan berkerja sebagai buruh kasar?mereka juga terdesak kerana kos sara hidup makin tinggi,tolong pertimbangkan..50persen pun sudah memadai

  13. P. Peramavathey

    Harap pemimpin yang perhatin pada rakyat dan mengurangkan beban rakyat dengan mempercepatkan kelulusan kwsp. Saya pun amat memerlukan untuk langsaikan tunggakkan hutang.. Dan perbelanjaan harian anak anak.. Walaupun suami berkerja di hospital..dan kena covid 2 kali.. Sampai sekarang tak terima apa apa bantuan… Harap duit ini la akan dapat membantu kami dari dihempit lagi……..

Comments are closed.

Scroll to Top