Pengeluaran KWSP Serendah RM3000

Pengeluaran KWSP Serendah RM3000 dibenarkan kepada semua pencarum yang masih aktif dan berkelayakan. Pengeluaran ini diperkenalkan menerusi program Fasaliti Sokongan Akaun 2 dimana pengeluaran dibenarkan sehingga maksimum RM50,000.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca perkongsian dibawah.

PENGELUARAN KWSP RM3000

Untuk makluman anda semua, pengeluaran khas KWSP ini boleh dikeluarkan pada kadar terendah sebanyak RM3000 dan kadar maksimum sebanyak RM50,000.

Walaubagaimanapun, ianya bergantung pada syarat kelayakan yang ditetapkan dan juga tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 KWSP simpanan pencarum.

FASALITI SOKONGAN AKAUN 2

Program Fasaliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) telah dilancarkan bermula April 2023 lagi. Untuk makluman semua, program ni akan melalui 2 fasa pengeluaran dimana setiap fasa akan melalui dua syarat kelayakan yang berbeza.

Ianya bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Sekiranya pencarum tersebut ingin membuat permohonan pengeluaran, ianya boleh dikemukakan secara online.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Permohonan terbuka kepada ahli KWSP
  • Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • permohonan hanya sekali sahaja
  • Tarikh permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
  • Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.

CARA MOHON PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000

Sebelum anda kemukakan permohonan, sila semak perkara dibawah terlebih dahulu : 

  1. Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
  2. Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan.
  3. Kemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 atau 55 tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan boleh rujuk disini : RUJUK DISINI!

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA 2 ini telahpun dibuka bermula 

  • 7 APRIL 2023

Manakala, bagi BSN pula permohonan boleh dibuat pada 15 April 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2, ahli boleh merujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.

Untuk Artikel Penuh boleh dibaca disini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top