Semakan Status eKasih 2023

Semakan status eKasih 2023, Bantuan bernilai RM600 adalah salah satu inisiatif dalam program Sumbangan Tunai Rahmah yang diutarakan oleh kerajaan baharu dikongsikan dalam halaman ini.

Sumbangan tambahan sekarang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 ini adalah terdiri daripada kategori isi rumah penerima STR termiskin mengikut data eKasih.

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima

SEMAKAN STATUS eKASIH 2023

  1. ONLINE
  2. MANUAL
    • Jika anda tidak mempunyai kemudahan internet, anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/  
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir

PANDUAN PENDAFTARAN

Jika terdapat individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Oleh yang demikian, Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui kaedah berikut

  • Talian telefon
  • Kaedah surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai perkongsian nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

MAKLUMATLANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan eKasih, anda boleh layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu juga, anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai yang dikongsikan di atas atau terus menghubungi ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan dan persoalan.

Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada [email protected]

Semakan kelayakan SARA

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top