Penyanyi Dangdut Anisa Bahar Bercinta Dengan Anak Angkat Sendiri?

Penyanyi Dangdut Anisa Bahar Bercinta Dengan Anak Angkat Sendiri. Nama penyanyi dangdut Anisa Bahar kini menjadi buah mulut netizen di Indonesia.

Hal itu terjadi selepas dirinya dipercayai sedang menjalin asmara dengan anak angkatnya sendiri iaitu Edwin Bahar.

Bercuti di Thailand

Gosip tersebut tercetus selepas Anisa memuat naik foto-foto dalam keadaan mesra bersama Edwin sewaktu mereka bercuti ke Thailand.

Ia antaranya mempamerkan mereka merakamkan foto seperti pasangan kekasih yang memakai busana tradisional masyarakat Thailand di depan kuil terkenal Wat Arun.

Selain isu hubungan ibu dan anak angkat yang kini bertukar menjadi pasangan kekasih, netizen juga bercakap tentang jarak usia mereka.

Anisa yang sudah lapan tahun menjadi janda berusia 47 tahun manakala Edwin baru berumur 28 tahun.

Penyanyi dangdut itu sendiri sudah mempunyai empat anak dan dua kali gagal dalam berumah tangga.

Jarak usia 19 tahun

Jarak 19 tahun usia Anisa dan Edwin disifatkan netizen layak menjadi seperti ibu dan anak bukan pasangan kekasih.

Namun ada juga dalam kalangan warganet menilai hubungan mesra mereka sebagai satu gimik dan publisiti dalam usaha membantu nama Edwin Bahari yang kini baru berjinak sebagai penyanyi menjadi lebih terkenal.

Meski sudah menjadi bahan pemberitaan media tempatan, baik Anisa dan Edwin keduanya belum memberi sebarang kenyataan mengenai status hubungan sebenar mereka kini.

Sumber Artikel Gempak

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top