“Sekarang Kan Saya Ibu Mertua Yang Paling Dibenci..” – Ibu Aliff Aziz

Sebelum ini, tular video ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza yang didakwa telah mengaibkan menantu sendiri, Bella Astillah di hadapan rakan-rakan sekolah anaknya di Singapura.

Ibu mertua paling dibenci

Sewaktu ditemubual oleh pihak Melodi TV3, Hafiza sedar bahawa kini dirinya teruk dipandang hina oleh netizen dan merupakan ibu mertua yang paling dibenci.

Bagaimanapun, ibu kepada penyanyi tersebut menganggap segala yang berlaku adalah ujian di bulan Ramadan.

Mahukan yang terbaik

Dalam pada itu, dia turut memberitahu hanya mahukan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan kini ujian yang dilalui oleh Aliff serta Bella merupakan tanda Allah SWT menyanyangi kedua-dua individu itu.

Bahkan, Hafiza berkata sebagai ibu dia sering menasihati Aliff untuk muhasabah diri dan sentiasa kuatkan iman agar sentiasa berada di atas jalan yang benar.

Sejak pelakon Aliff Aziz berhadapan dengan isu tangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies, ibunya iaitu Siti Hafiza hingga ke hari ini masih menyebelahi anak lelakinya itu.

Aibkan Bella Astillah

Terdahuli, melalui rakaman video yang dirakam oleh rakan sekolah Aliff di Singapura, ibu Aliff Aziz ‘kantoi’ telah mengaibkan menantunya, Bella Astillah.

Dalam video tersebut, jelas suara Hafiza mengutuk Bella dengan berkata dia bukanlah penyanyi dan pelakon yang hebat.

Dikenali sebab Aliff Aziz

Bahkan, yakin menyatakan netizen tidak akan mengenali Bella jika dia tidak berkahwin dengan anak lelakinya, Aliff Aziz.

Dalam pada itu, Hafiza juga berkata jika bukan disebabkan skandal anaknya, nama Bella turut tidak akan disebut ramai.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top