Skip to content

Permohonan E-TUNAI RM300 Ini Dibuka Sepanjang Tahun

Permohonan e-Tunai RM300 ini dibuka sepanjang tahun. Untuk membantu individu yang memerlukan mengatasi peningkatan kos sara hidup, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan.

Bantuan-bantuan tersebut disalurkan melalui pelbagai agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri, mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasaran yang berbeza.

Salah satu contohnya ialah bantuan e-Tunai yang dikenali sebagai BINGKAS, yang telah diperkenalkan untuk memberikan sokongan tambahan kepada golongan yang memerlukan.

Bantuan e-Tunai RM300

Bantuan yang diperkatakan ini adalah BINGKAS iaitu sebuah inisiatif berupa e-Tunai di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Kadar BINGKAS yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 setiap bulan.

Objektif utama inisiatif ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup mereka dapat terus makmur.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Permohonan e-Tunai RM300

Permohonan inisiatif e-Tunai ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.

Tatacara permohonan adalah seperti berikut:

  • Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
  • Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
  • Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
  • Klik ‘Hantar’
  • Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.
Permohonan e-tunai RM300

Kepada yang layak dan diluluskan permohonan mereka, e-Tunai berkenaan boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan harian seperti beras, roti, tepung, minyak masak, sayur-sayuran, ubat-ubatan, produk tenusu, barangan persekolahan dan banyak lagi.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN AHLI

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

NOTA: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan di talian 03-7772 9121 atau melalui Whatsapp di 011-23380075.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.