Tarikh Agihan BAP 2024

Tarikh Agihan BAP 2024 – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan inisiatif yang diperkenalkan pada tahun 2012 dengan tujuan utama untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak. Dalam Belanjawan 2024, sejumlah RM788.13 juta diperuntukkan khas untuk BAP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) percaya bahawa BAP 2024 dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga, memastikan anak-anak bersedia menghadapi sesi persekolahan 2024.

Kadar Bantuan

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Tarikh Pembayaran untuk Murid Sedia Ada dan Tahun 1

Pembayaran bermula 11 Januari 2024. Bagi mereka yang akan memasuki Tahun 1 pada sesi 2024/2025, pembayaran akan dimulakan pada 10 Mac 2024.

Pastikan anda memantau pengumuman dan arahan daripada pihak sekolah untuk proses pembayaran yang lebih lancar.

  • Mulai 11 Januari 2024 – bagi murid sedia ada.
  • Mulai 10 Mac 2024 – bagi murid Tahun 1 sesi 2024/2025.

Kaedah Pembayaran BAP 2024

BAP akan disalurkan oleh KPM secara berperingkat ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

Pembayaran BAP dapat diterima oleh ibu bapa dengan dua cara: secara tunai atau disalurkan terus ke akaun bank murid.

Tarikh Agihan BAP 2024

Syarat dan Kelayakan

Pastikan anak anda memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk menerima BAP 2024. Syarat-syarat termasuklah menjadi warganegara Malaysia, bersekolah di kategori Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024, dan berada di sekolah yang telah dikenal pasti oleh KPM.

Borang Bantuan Awal Persekolahan

Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Selain itu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang berikut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)

BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.

Ibu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.

  • Borang PB1 : ( Borang permohonan)
  • Borang PB2 : ( Pengesahan Pendapatan

Maklumat Lain

Ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan BAP 2024 harus memastikan mereka memahami sepenuhnya syarat-syarat dan keperluan yang dinyatakan dalam borang. Selain itu, pastikan bahawa semua dokumen sokongan yang diperlukan disertakan bersama dengan borang permohonan.

Dengan pemahaman yang jelas tentang borang BAP 2024, ibu bapa dapat memastikan bahawa mereka memanfaatkan bantuan ini dengan maksimum untuk kebaikan pendidikan anak-anak mereka. Layari Laman Web Rasmi KPM

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top