Bantuan Zakat RM100 – RM250 Secara Kredit Atau Baucer Tunai

Bantuan Zakat RM100 – RM250 Secara Kredit Atau Baucer Tunai. Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan peruntukan agihan zakat sebanyak RM33,414,415 (RM33.4 juta) bagi membiayai persiapan persekolahan 70,283 anak asnaf fakir, miskin dan mualaf sesi 2024.

Bantuan Zakat RM100 – RM250

Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Januari lepas telah mengumumkan peruntukan agihan zakat sebanyak RM33.4 juta bagi membiayai persiapan persekolahan 70,283 anak asnaf fakir, miskin dan mualaf sesi 2024.

Antara bantuan yang diberikan adalah bantuan yuran persekolahan antara RM100 hingga RM250 seorang, bergantung kepada tahap persekolahan mereka. Secara lebih tepat, RM100 disalurkan kepada yang berada di peringkat tadika atau prasekolah, RM150 kepada Sekolah Rendah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama dan RM250 pula kepada yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Agama.

Pemberiannya akan dibuat melalui tiga kaedah bayaran iaitu sama ada secara kredit ke akaun bank ketua keluarga, baucer tunai (V-Cash) di mana-mana cawangan Bank Islam atau secara tunai bagi kes-kes tertentu.

Bantuan Kelengkapan Persekolahan

Dalam masa sama, LZS juga menyalurkan bantuan kelengkapan persekolahan sebanyak RM170 seorang kepada pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan dan pelajar Sekolah Rendah Agama pula pada kadar RM150 seorang. Manakala, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Agama pula akan menerima sebanyak RM200.

Bantuan itu akan meliputi kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam, beg, alat tulis dan sebagainya. Setiap pelajar diwajibkan untuk membeli sepasang pakaian seragam sekolah dan selebihnya untuk membeli keperluan yang lain berdasarkan syarat dan panduan yang ditetapkan.

Penerima bantuan boleh mengunjungi mana-mana pasaraya ditetapkan oleh LZS mengikut daerah masing-masing untuk membuat penebusan berdasarkan kadar bantuan yang diterima, bermula 10 Februari hingga 10 Mei 2024.

Untuk makluman, bantuan-bantuan ini hanya diberikan mereka yang telah tersenarai sebagai penerima zakat (asnaf) di bawah LZS. Untuk maklumat lebih lengkap, sila rujuk di Portal Rasmi LZS – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top