Permohonan Rayuan STR Fasa 1

Kerajaan MADANI sentiasa peka kepada keluhan rakyat dan juga akan terus menambah baik Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam usaha untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) untuk membantu dan juga menolong golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

Berikut merupakan perkongsian lanjut mengenai Rayuan STR 2024 Fasa 1.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024:

ISI RUMAH        

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Duda/ Balu/Janda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah berjumlah RM5,000 dan ke bawah

WARGA EMAS TIADA PASANGAN             

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Duda/ Balu/Janda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah berjumlah RM5,000 dan ke bawah

BUJANG

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Duda/ Balu/ Janda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 19-59 tahun; dan
  • Bukan pelajar IPTS/ IPTA sepenuh masa*; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

     

RAYUAN STR FASA 1 

Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

  • Mulai 29 Januari 2024

Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

  • Secara Dalam Talian
  • Secara Pengemukaan Borang Kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.

TARIKH BAYARAN STR 2024 FASA 1

Berikut merupakan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Fasa 1:

  • Mulai 29 Januari 2024 secara berperingkat.

Penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Fasa 1 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus.

KAEDAH PEMBAYARAN STR 2024 FASA 1

Berikut merupakan kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Fasa 1:

  • Pengkreditan ke akaun bank pemohon/ pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Rayuan STR Fasa 1 2024, sila layari Portal Bantuan Tunai Hasil di pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top