Permohonan UPU Online 2024 2025

Permohonan UPU Online 2024 2025 : Bagi mereka yang bercita-cita untuk melangkah ke dunia pengajian tinggi awam, pintu permohonan kini terbuka luas. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa proses permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam untuk sesi akademik 2024/2025 kini dibuka melalui UPU Online.

Pelbagai program seperti program asasi, sijil, diploma, dan ijazah ditawarkan untuk dipohon. Fasa pertama permohonan akan berlangsung dari hari ini hingga 29 Mac, manakala Fasa Dua akan dibuka dari 29 April hingga 9 Jun.

Peluang ini terbuka luas kepada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan mereka yang mempunyai kelayakan setaraf. Program-program tanpa temuduga dan/atau ujian sahaja akan dibuka untuk Fasa Dua.

20 universiti awam, 36 politeknik, 105 kolej komuniti, dan empat institusi latihan kemahiran awam (ILKA) menanti bakal pelajar untuk menyertai komuniti pengajian tinggi.

Permohonan upu online

Tarikh Penting Permohonan UPU Online 2024/2025

Untuk memudahkan para calon, berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian bagi UPU Online 2024:

1.Tarikh Buka Permohonan Online 2024/2025:

  • Fasa 1: 29 Februari 2024 (12PM) hingga 29 Mac 2024 (5PM)
  • Fasa 2: 29 April 2024 hingga 9 Jun 2024

2. Proses Temuduga dan/atau Ujian:

  • Mei 2024 hingga Jun 2024 (SPM)
  • Mei 2024 hingga Ogos 2024 (STPM)

3. Fasa Pengemaskinian:

  • Minggu Pertama Jun 2024 (SPM)
  • Minggu ke-4 Julai 2024 (STPM)

4. Hebahan Perdana & Permohonan Rayuan:

  • Julai 2024 [12PM] hingga Julai 2024 [5PM] (SPM)
  • Minggu Pertama September 2024 (STPM)

5. Hebahan Rayuan:

  • Minggu Pertama Ogos 2024 (SPM)
  • Minggu ke-3 Oktober 2024 (STPM)

Cara Permohonan UPU Online 2024/2025

  • Permohonan UPUONLINE Fasa 1 akan dibuka pada 29 Februari 2024 (Khamis) hingga 29 Mac 2024 (Jumaat)
  • Permohonan UPUONLINE Fasa 2 akan dibuka pada 29 April 2024 (Isnin) hingga 9 Jun 2024 (Ahad)

NOTA : Program pengajian bertemuduga / ujian tidak ditawarkan pada fasa ini.

Untuk memohon, sila klik pautan berikut – klik DI SINI

Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:

  1. Bayaran proses UPUOnline di BSN
  2. Layari portal rasmi UPU Online di pautan https://upu.mohe.gov.my/
  3. Pastikan kategori anda betul.
  4. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  5. Kira merit DI SINI.
  6. Semak tren permohonan dan penawaran.
  7. Semak laluan kerjaya.
  8. Isi permohonan UPUOnline.
  9. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  10. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  11. Lengkapkan borang permohonan.
  12. Klik butang “SIMPAN”.
  13. Cetak slip permohonan.
  14. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  15. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.

Pembelian PIN Di BSN

Untuk memperoleh No. PIN, calon boleh melakukan pembelian melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN menyediakan perkhidmatan ini di kaunter cawangan BSN, ATM, dan juga perbankan internet myBSN dari 28 Februari 2024 hingga 8 Jun 2024.

Harga PIN adalah RM10.60, dan BSN akan menyertakan No. Pin berserta salinan resit pembayaran sebagai pengesahan. Dengan PIN ini, pintu ke dunia pengajian tinggi awam akan terbuka, membawa harapan baru kepada generasi pelajar Malaysia.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top