Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat mengikut kategori dan biasanya diumumkan dalam pembentangan bajet tahunan khususnya.

Kadar minimum STR bagi golongan belia akan meningkat daripada RM350 kepada RM500. Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 bagi beberapa kategori.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perlaksanaan bakal memanfaatkan seramai 9 juta penerima. Jumlah penerima ini telah meningkat daripada 8.7 juta sebelum ini.

Sumbangan Tunai Rahmah ini merupakan sebuah bantuan tunai sama seperti BPR, BKM sebelum ini. Ianya bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang terdiri daripada beberapa kumpulan seperti Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran STR Fasa 2 ini akan dilaksanakan pada :

  • APRIL 2024

Tiada tarikh rasmi yang diumumkan. Namun dijangkakan pembayaran akan dilaksanakan sebelum atau pada AIDILFITRI 2024 sama seperti pelaksanaan STR 2023.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

Buat masa ini, tiada makluman lagi mengenai kadar bayaran yang akan diterima pada fasa 2 nanti. Ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, berikut adalah perkongsian tentang jumlah keseluruhan bayaran STR tahun 2024 ini :

Tarikh bayaran str fasa 2

SEMAKAN STATUS STR FASA 2

Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR.

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Sila ke web rasmi MYSTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Masukkan Nom MyKad Pemohon
  • Pengesahakan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan
  • StatusMaklumat yang akan dipaparkan
    • Status PermohonanMaklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat Lanjut

Sebarang bantuan dan info lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Terdapat pelbagai lagi bantuan yang dikongsikan oleh pihak Mynewskini daripada pihak kerajaan. Ketahui jenis bantuan lain, sila rujuk SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top