PTPTN Geran Sepadan Mohon Insentif RM10,000

PTPTN Geran Sepadan, Para pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang berpendapatan rendah di seluruh negara dialu-alukan untuk memohon Geran Sepadan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang) oleh PTPTN menggalakkan rakyat yang berpendapatan rendah untuk menabung bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

Untuk makluman, bermula 1 Januari 2015 lalu, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan pemberian geran ini.

Oleh itu, orang ramai yang berpendapatan rendah dan ingin mendapatkan geran ini tetapi masih belum mempunyai akaun SSPN-i perlu membuka akaun ini terlebih dahulu.

PTPTN Geran Sepadan; Jumlah

Jumlah keseluruhan geran yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluarga.

PTPTN Geran Sepadan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pendeposit yang ingin mendapatkan geran sepadan ini adalah seperti berikut:

  1. Pendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00.
  2. Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian geran sepadan.
  3. Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
  4. Pemberian hanya layak kepada pendeposit (ibu/bapa/penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak di bawah jagaannya yang sah sahaja.
  5. Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga.

Pembukaan Akaun SSPN-i

Bagi mendapatkan geran ini daripada PTPTN, orang ramai yang masih belum mempunyai akaun SSPN-i boleh membuka akaun menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut: https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/simpan-sspn-prime/geran-sepadan/
  2. Klik butang ‘Buka Akaun SSPN-i.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  4. Buat bayaran untuk melengkapkan pembukaan akaun.
  5. Pembukaan akaun berjaya.

Permohonan Geran Sepadan

Bagi memohon geran ini, pendeposit perlu mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Pergi ke mana-mana pejabat PTPTN yang berhampiran.
  2. Bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
    – Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
    – Salinan Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat
    – Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai;
    – Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;
    – Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)
    – Sekiranya penerima manfaat mendapat pinjaman pendidikan PTPTN, surat tawaran mendaftar dan surat pengesahan aktif belajar tidak diperlukan.
  3. Beritahu kepada kakitangan PTPTN untuk memohon Geran Sepadan.
  4. Kakitangan PTPTN akan membantu proses seterusnya.

Kaedah Tuntutan Geran Sepadan

Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:

  1. Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan
  2. Salinan Sijil Kelahiran /Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat
  3. Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT
  4. Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi perkara 4)
  5. Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai
  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pembiayaan pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan (PTPTN hendaklah mencetak maklumat pembiayaan daripada sistem)

*Perkara 1, 4 dan 5 hendaklah 

Maklumat dan Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai geran ini, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top