Saranan Ketika Fasa Peralihan Endemik Waktu Ramadhan

Bulan Ramadhan sudah pun tiba, begitu juga dengan Fasa Peralihan ke endemik di mana masyarakat akan mulakan hidup yang kembali kepada normal setelah berdepan menangani Covid-19.

Sumber dari MyHealthKKM menyarankan agar kita melakukan aktiviti-aktiviti atau senaman ringkas sewaktu bulan ramadhan ini.

Tujuan utama adalah kesihatan tubuh badan kita akan akan cergas sambil mencari keberkatan bulan Ramadhan ini.

Antara saranan senaman untuk dilakukan adalah:

  • Sasarkan 10,000 langkah dengan melakukan aktiviti fizikal.
  • Elakkan duduk atau baring lebih daripada 2 jam.
  • Lakukan senaman ringan sewaktu aktiviti santai.
  • Tidur seketika untuk mengembalikan kesegaran badan.
  • Lakukan senaman secara konsisten selama 30 minit setiap hari.
  • Lakukan senaman 30-45 minit sebelum berbuka puasa.
  • Kekal aktif dengan senaman yang menyeronokkan.
  • Menunaikan solat sunat terawih.

Selain dari senaman dan aktiviti fizikal, faktor permakanan juga di ketengahkan untuk kesihatan diri.

Elakkan keracunan dan pencemaran makanan dengan amalkan budaya 3M, iaitu:

  1. Mengamalkan M-A-S-A-K
  2. Memilih M-B-C
  3. Melaksanakan KENDIRI

Elakan keracunan dan Pencemaran Makanan.

M.A.S.A.K bermaksud:

  • Masak dengan sempurna
  • Amalkan peralatan bersih
  • Simpan dengan betul
  • Air dan bahan mentah yang bersih
  • Kebersihan diri
Sumber imej moh.gov.my

Seiring dengan fasa ‘Peralihan ke Endemik’, kita perlu mengetahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan awam, vaksinasi dan membudayakan gaya hidup sihat.

Sekiranya anda keluar ke tempat awam, amalkan kesihatan kendiri berikut.

  • Pakai pelitup muka
  • Cuci tangan anda dengan kerap menggunakan air sabun atau hand sanitizer
  • Lakukan penjarakkan fizikal sekiranya boleh
  • Pastikan tempat yang dikunjungi mempunyai sistem pengudaraan yang baik

Budayakan gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit NCD dan memantap imuniti dengan aktiviti berikut:

  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Jangan merokok
  • Tangani stres
  • Makan secara sihat
  • Elakkan pengambilan alkohol

Pengunjung ke bazar Ramadan

Selaras dengan fasa ‘Peralihan ke Endemik’, pelaksanaan bazar Ramadan mampu memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan.

Namun, kita masih dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.

Oleh itu sekiranya berkunjung ke pasar baazar Ramadan, pengunjung bazar Ramadan dinasihatkan supaya sentiasa memakai pelitup muka dengan betul, tidak bersesak-sesak, dan sentiasa mematuhi penjarakan fizikal sekiranya boleh ketika berada di bazar Ramadan.

  • Imbas MySejahtera di pintu masuk bazar
  • Pakai pelitup muka dengan betul
  • Jaga jarak fizikal ketika sedang memilih dan membeli juadah
  • Sentiasa amalkan kebersihan tangan

Tanggung jawab keluarga

Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan COVID-19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, YB Dato’ Dr Haji Noor Azmi Bin Ghazali berkata, kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak, terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.

Terdapat tiga komponen utama dalam fasa peralihan ini dan setiap komponen perlu berjalan seiring dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Komponen itu adalah :
Tanggungjawab individu/keluarga
Solidariti komuniti
Tanggungjawab Kerajaan

Dikongsikan tanggungjawab individu dan keluarga dalam tempoh fasa peralihan ke endemik ini.

Setiap kita perlu memahami tentang COVID-19, tidak mengabaikan langkah pencegahan dan mengambil vaksin sebagai perlindungan.

Bersama kita belajar untuk hidup selamat dan sehampir normal bersama virus COVID-19 atau “Living with COVID-19” dalam keadaan yang paling kurang mengganggu kehidupan kita dengan mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam ini bagi melindungi diri, keluarga, dan masyarakat.

  • Elakkan berada di tempat awam sekiranya bergejala
  • Membuat penilaian risiko kendiri (lakukan TRIIS sekiranya bergejala atau merupakan kontak rapat)
  • Elakkan ke tempat sesak dan sempit. Sekiranya berada di tempat sesak dan sempit, lakukan:
    • Sentiasa memakai pelitup muka dengan betul
    • Melakukan penjarakkan fizikal sekiranya boleh
    • Aktifkan MySJ trace bagi pengesanan kontak rapat
  • Mengamalkan gaya hidup sihat
  • Sentiasa menjaga kebersihan tangan
  • Tahu bertindak sekiranya diri atau ahli keluarga positif Covid-19

Sentiasa lah beringat agar tidak leka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan walaupun kelonggaran diberikan sejak negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.

Tahukah anda? Puasa dan Kesihatan

Islam amat menitik beratkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga rohani dan jasmani umatnya.

Tujuan utama seseorang itu berpuasa adalah sebagai tanda pengabdian seorang hamba itu kepada Allah dan juga meraih taqwa.

Adapun manfaat kesihatan dalam ibadah puasa, ia merupakan satu bonus dan hikmah yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang taat melaksanakan ibadah puasa.

Makanan yang disunnahkan untuk berbuka puasa adalah kurma.

Kurma mempunyai banyak kelebihan dan manfaat kepada kita. Oleh itu, umat islam disunatkan berbuka dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamu makanan yang lain

Daripada Anas bin Malik RA. beliau berkata adalah Rasulullah SAW akan berbuka sebelum melakukan solat Maghrib dengan beberapa buah rutob (tamar kurma basah) tetapi apabila tidak ada rutob (kurma basah) maka dengan tamar (kurma kering) tetapi apabila tida ada tamar (kurma kering), maka Baginda SAW akan minum beberapa teguk air.

(Riwayat at-Tarmizi dalam sunannya, Kitab ash-Shaum, bab Ma Jaá Ma Yustahabbu Álayhi al-Iftor, no. 696 dan mengatakan: Hadith ini adalah hasan gharib)

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top