KWSP: Pengeluaran Khas ‘Single-Payment’ Bermula 20 April

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat kenyataan dimana pengeluaran khas sehingga RM10,000 di buka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022 kepada ahli di bawah umur 55 tahun.

Setiap permohonan pengeluaran Khas RM10,000 bagi yang layak, penerima akan mendapat bayaran dengan satu bayaran sahaja (one-off/ single payment).

Dalam kenyataan tersebut seperti di bawah:

“Pembayaran akan bermula pada 20 April ini dalam satu bayaran sahaja dan dikredit ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli. Ahli perlu memastikan akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri.

“Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan. Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my,”

“Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50. Ahli juga perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka.

“Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka. Pengeluaran Khas ini bertujuan untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini,”

“Ahli boleh berjumpa dengan Pegawai Khidmat Nasihat Ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan KWSP mereka.

“Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas ini boleh didapati di ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848 bermula 1 April 2022,”. Sumber artikel daripada Kosmo

Syarat Pengeluaran Khas KWSP, kriteria atau kelayakan permohonan

  • Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Warganegara dan bukan warganegara termasuk permastautin tetap.
  • Mempunyai jumlah KWSP sekurang-kurangnya RM150
Sumber infografik www.kwsp.gov.my

Jumlah amaun duit yang boleh dikeluarkan:

  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2, jika tidak mencukupi Akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Pembayaran akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment) bermula 20 April 2022.
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
  • Bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Untuk kelancaran pengurusan, pastikan maklumat berikut di patuhi:

  • Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP.
  • Baki simpanan KWSP disemak.
  • Nombor akaun bank adalah aktif samada Simpanan atau Semasa.
  • Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan bersama atau akaun syarikat.
    • Ahli yang tidak boleh memiliki akaun bank boleh memilih Arahan Bayaran sebagai kaedah bayaran.

Pihak KWSP mengingatkan kepada semua pemohon, sebarang permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui Portal Pengeluaran Khas.

TARIKH TEMPOH PERMOHONAN DIBUKA

Sejurus selepas pengumuman kebenaran pengeluaran simpanan KWSP RM10,000 yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Ismail Sabri Yaakob, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memaklumkan bahawa tarikh tempoh permohonan pengeluaran tersebut boleh dilakukan bermula :

  • Bermula : 1 APRIL 2022
  • Berakhir : 30 APRIL 2022

TARIKH BAYARAN

Dalam makluman rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), turut dinyatakan juga berkenaan tarikh bayaran pertama pengeluaran khas sehingga RM10,000 bermula :

  • 20 APRIL 2022

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Khas KWSP ini, anda boleh berhubung melalui talian :

Telefon : 03-8922 6000

Fax : 03-8922 6222

Atau pun boleh mengunjungi website rasmi di : https://www.kwsp.gov.my/

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS

Berikut adalah beberapa tutorial cara langkah untuk anda membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP sama ada menggunakan i-Akaun ataupun melalui portal khas untuk pengeluaran :

Portal Khas Pengeluaran

  1. Layari portal rasmi iaitu http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
  2. Klik ‘Mohon Sekarang
  3. Isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon anda
  4. Klik ‘Teruskan‘ dan masukkan ‘Nombor OTP’ atau ‘Soalan Keselamatan
  5. Letak ‘AMAUN PILIHAN PENGELUARAN‘ 
  6. Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan
  7. Taip ‘Amaun Pilihan Pengeluaran
  8. Klik ‘Teruskan
  9. Isi dengan lengkap ‘Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran‘ dan kaji selidik, tekan ‘Teruskan
  10. Tekan Hantar dan Selesai!

Nota : Perhatian kepada anda yang ingin memohon, sila pastikan terlebih dahulu permohonan anda benar-benar betul dan muktamad, kerana pihak KWSP memaklumkan bahawa “Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan“.

Berhati-hati! Untuk makluman semua, KWSP tidak akan dan tidak pernah melantik pihak ketiga yang menguruskan permohonan pengeluaran khas bagi mendapatkan kelulusan pengeluaran. Semuanya diminta untuk membuat permohonan sendiri.

Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pengeluaran_Khas KWSP dalam senarai di bawah:

Mengapakah Pengeluaran Khas diperkenalkan?

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Siapakah yang layak memohon?

Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas?

Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.

Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon Pengeluaran Khas?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

Makluman lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas ini boleh didapati di ‘Ask Elya’ dalam laman web rasmi KWSP, Facebook, Instagram dan Twitter rasmi KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848 bermula 1 April 2022.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top