SOP Pengembara Ke Malaysia

Bermula fasa endemik nanti, pelbagai sektor ekonomi dan sosial akan di buka untuk mengukuhkan dan memberi nafas kepada ekonomi rakyat dan juga negara.

Sementara itu, Malaysia akan membuka semula sempadan negara pada 1 April 2022 nanti.

Apa yang perlu diketahui oleh pengembara adalah, pengembara perlu mematuhi semua tatacara pra-pelepasan dan selepas ketibaan.

Untuk makluman, pengembara yang lengkap vaksin akan menerima Kad Pengembara biru sementara pengembara yang tidak lengkap atau tidak divaksin akan menerima Kad Pengembara merah.

Berikut merupakan informasi dan prosedur yang perlu di ketahui oleh bakal pengembara yang tiba di Malaysia.

Keperluan Pra-Pelepasan:

  1. Muat turun, daftar dan aktifkan aplikasi MySejahtera.
  2. Isi borang pra-pelepasan dalam ikon Traveller.
  3. Keputusan RT-PCR dalam tempoh 2 hari sebelum berlepas.
  4. Mempunyai insurans pengembaraan dan kesihatan (perlindungan minimum USD20,000)

Bagi pegembara yang lengkap vaksinasi akan di berikan kad berwarna biru, dan pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau belum di vaksinasi akan di berikan kad berwarna merah (diberi secara automatik). Dan kemudian akan di benarkan meneruskan perjalanan dan ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Info tambahan, ujian RT-PCR perlu untuk semua pengembara kecuali:

  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah di kecualikan.
  • Pengembara pasca covid-19 (6 hinggan 60 hari dari jangkitan)
    • Bagi kes kemasukan ke hospital perlu dokumen ‘Fit To Travel’
    • Bagi kes pengasingan kendiri perlu ujian RTK-Ag Professional

Selepas Ketibaan:

Selepas meneruskan perjalan dan ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa, para pengembara akan dibuat saringan demam thermal scanner atau rujukan kendiri ke petugas kesihatan dan pegawai imigresen.

Selepas tiba di kaunter imigresen, para pengembara yang di berikan kad biru akan melakukan ujian RTK-Ag Professional dalam tempoh 24 jam dari masa ketibaan.

Kemudian pengembara kad biru akan mendapat isolasi atau HSO selama 7 hari untuk memberi ruang masa keputusan saringan covid-19 dan selepas itu akan di berikan pelepasan.

Manakala pengembara yang di berikan kad merah akan di berikan HSO (Home Surveillance Order) dan kemudian melakukan ujian RTK-Ag Professional dalam tempoh 24 jam dari masa ketibaan.

Ujian RTK-Ag Professional semasa ketibaan boleh dilakukan di fasiliti kesihatan swasta di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) atau yang berhampiran dengan pusat penginapan, kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah adalah di kecualikan.

Selepas pengembara kad merah melakukan ujian saringan tersebut, mereka akan dikenakan isolasi atau hso paling lama sehingga 10 hari.

Pada hari ke-5 isolasi sampel kedua saringan akan dilakukan dengan RT-PCK dan sekiranya negatif akan diberikan pelepasan, sekiranya positif akan dikenakan hso selama 5 hari dari tarikh sampel kedua di ambil, kemudian akan mendapat pelepasan selepas tamat hso hari ke-10.

Infografik dari mysafetravel.gov.my

Semua pengembara yang ingin memasuki Malaysia dikehendaki mendaftar dalam aplikasi MySejahtera kerana pengisian borang pra-pelepasan adalah WAJIB sebelum berlepas.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk memuat turun, mengaktifkan dan mendaftar aplikasi MySejahtera.

  1. Muat turun aplikasi MySejahtera dari gedung aplikasi seperti Google Playstore.
  2. Tekan butang ‘Daftar di sini’ untuk mendaftar akaun MySejahtera.
  3. Daftar menggunakan nombor telefon atau alamat emel yang sah.
  4. Masukkan nombor OTP dari sms atau klik pautan di emel anda.
  5. Lengkap butiran pendaftaran dan tetapkan kata laluan.
  6. Log masuk dengan nombor telefon atau emel yang berdaftar.
  7. Klik pada pautan ‘perlu dilakukan’.
  8. Jawab semua soalan penilaian.
  9. Pendaftaran selesai dan status kesihatan akan dipamerkan.

Untuk info, semua pengembara yang ingin memasuki Malaysia dikehendaki mengisi borang pra-pelepasan dalam aplikasi MySejahtera.

Semua pengembara kena pastikan muat turun aplikasi MySejahtera ke dalam telefon pintar.

Keputusan ujian pra-pelepasan juga perlu dimuat naik dalam tempoh dua hari sebelum berlepas.

Berikut adalah tatacara untuk mengisi borang pra-pelepasan dan dokumen yang berkaitan untuk pengembara.

  1. Tekan ikon ‘Pelancong’ di halaman utama MySejahtera.
  2. Tekan ‘Perjalanan untuk (nama pengembara)’ bagi mengisi borang pra-pelepasan.
  3. Isi semua butiran dengan betul dan tekan hantar.
  4. Pengembara yang lengkap vaksin akan dapat kad pengembara biru, bagi pengembara tidak lengkal vaksin atau tidak divaksin akan dapat kad pengembara merah.
  5. Sila tekan di pautan kad pengembara bagi memuat naik ujian pra pelepasan anda dalam tempoh dua hari sebelum berlepas.
  6. Tekan ‘Kemas kini untuk (nama pengembara)’ bagi memuat naik keputusan ujian anda.
  7. Isi semua butiran dengan betul dan muat naik keputusan ujian anda. Anda juga diperlukan membawa salinan dokumen keputusan ujian anda.
  8. Pautan di Kad Pengembara anda akan bertukar kepada berwarna hijau setelah berjaya memuat naik keputusan pra pelepasan anda.

Sekiranya anda rasa atau mengalami tanda-tanda gejala di bawah maka anda memerlukan tindakan dan rawatan yang segera.

  • Sakit dada yang berterusan.
  • Kesukaran bernafas atau bernafas dengan laju.
  • Batuk yang berpanjangan.
  • Kelesuan bertambah teruk.
  • Muntah atau cirit birit yang teruk.
  • Demam berpanjangan.
  • Tiada selera makan atau pun minum.
  • Perubahan status mental seperti kekeliruan.
  • Kurang buang air kecil.
  • Bibir atau jari jadi kebiruan
  • Ketepuan oksigen kurang daripada 95%.

Sumber ini adalah daripada infografik Kementerian Kesihatan Malaysia, bersama kita hentikan wabak Covid-19.

Oleh sebab itu, maksimakan pematuhan SOP di kawasan di mana-mana yang terbuka seperti kawasan pelancongan dengan memakai pelitup muka dengan betul serta jaga jarak fizikal antara satu sama lain bagi mengelak berlakunya jangkitan COVID-19 terus berlaku.

Di harapkan informasi yang dikongsikan oleh pihak kami ini bermanfaat untuk pembaca.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top