Semakan Bantuan Sara Hidup RM300 Sebulan

Semakan Bantuan Sara Hidup RM300 Sebulan. Pada artikel kali ini berkongsi mengenai semakan bantuan yang diberikan sebanyak RM300 sebulan.

Bantuan Sara Hidup (BSH) setiap bulan yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini:

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Pihak Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah memperkenalkan sebuah bantuan bulanan sebanyak RM300 yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup atau BSH.

Bantuan ini pada asasnya diberikan kepada Veteran ATM berkelayakan bagi tujuan untuk meringankan beban sara hidup harian mereka.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Semakan Bantuan Sara Hidup

Semakan status permohonan boleh dibuat di:
Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019.

Borang permohonan itu hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya dan segala maklumat yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

Borang kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Dimaklumkan setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.

Permohonan itu seterusnya akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

2 thoughts on “Semakan Bantuan Sara Hidup RM300 Sebulan”

Comments are closed.

Scroll to Top