Skip to content

Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma

Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) adalah bantuan perniagaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk usahawan kumpulan B40 dan juga pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) yang bertujuan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan.

Inisiatif ini adalah merupakan penjenamaan semula bagi Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017.

Skim ini akan diberikan untuk tempoh 1 tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan.

Pembaharuan dan juga cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.

SSM – Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP)

  • Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) adalah bantuan perniagaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) bertujuan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. 
  • Inisiatif ini merupakan penjenamaan semula bagi Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017
  • Skim ini diberikan untuk tempoh 1 tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan.
  • Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.
  1. Pengecualian fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun
  2. Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun 
  3. Cetakan maklumat – RM10 

Cara Memohon

  • Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian dan perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu di Ezbiz
  • Dokumen yang perlu dilampirkan adalah: 

Usahawan Kumpulan B40 

Bukti pengesahan menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atas nama sendiri atau No. Mykad/MyPR pemohon 

Pelajar IPT Sepenuh Masa 

Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran 

Maklumat Lanjut

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.