STR 2024 Permohonan Baru Dibuka

STR 2024; Permohonan baru kini dibuka. Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 1 NOVEMBER 2023. Selain itu, kemaskini data juga boleh dilakukan.

Pada Oktober, Perdana Menteri membentangkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion).

Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.

Kadar minimum STR iaitu untuk golongan bujang juga ditambah daripada RM350  kepada RM500.

STR 2024

STR Sumbangan Tunai Rahmah

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. 

Sumbangan Asas Rahmah

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih yang disalurkan dalam MyKad bagi membeli keperluan barangan makanan asas di kedai runcit terpilih.

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024.

Cara Memohon dan Kemaskini STR

Kaedah Permohonan :

Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL.

Semakan Status Terkini STR

Anda boleh menyemak status terkini permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Hadir ke Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  3. Pejabat Satelit HASiL
  4. Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

Jumlah Bayaran STR 2024

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM1,000
  2. Bil anak 1-2 – RM1,500
  3. Bil anak 3-4 – RM2,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM2,500

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM500
  2. Bil anak 1-2 – RM750
  3. Bil anak 3-4 – RM1,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,250

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM600

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM350

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM350

Maklumat Lanjut

Sebarang bantuan dan info lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top