Skip to content

eKasih : Pendaftaran, Semakan Status dan Bantuan SARa

eKasih adalah sebuah sistem pangkalan data bersepadu yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu perancangan, pelaksanaan, dan pemantauan program-program yang berkaitan dengan kemiskinan.

Sistem data eKasih mengandungi merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Sistem ini juga menjadi rujukan utama bagi Kementerian dan Agensi ini dalam merancang dan melaksanakan program pembasmian kemiskinan.

eKasih telah dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) sebagai tindak balas terhadap keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Sistem ini mulai beroperasi penuh pada Jun 2008.

eKasih Program Bantuan Kerajaan

eKasih bukanlah program bantuan namun ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. 

Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Sebagai contoh Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di bawah KPKT menggunakan data eKasih bagi mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar.

eKasih dan Mykasih

eKasih adalah sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin.

Manakala MyKasih merupakan program bantuan pembasmian kemiskinan miskin tegar.

Contoh program bantuan MyKasih sekarang adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin tegar dalam kalangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah STR.

Bantuan ini disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai “Miskin Tegar” mengikut data eKasih sehingga 28 Februari 2023 dalam bentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600.

Mulai 2024, semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari 2024 serta juga layak mendapat STR hingga RM2,500 (bergantung kepada bilangan anak).

Cara Pendaftaran eKasih

Individu yang ingin membuat pendaftaran eKasih boleh merujuk kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), Pejabat Daerah, atau melalui komunikasi telefon, surat, e-mel rasmi, laporan, atau mendaftar melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Syarat Kelayakan Pendaftaran eKasih

  1. Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  2. Warganegara.
  3. Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri

Semakan Status eKasih 2023

Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih, semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

  • Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 850101012221
  • Klik untuk carian

Mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nama
  2. KIR / AIR
  3. Nama KIR
  4. Status Daftar
  5. Negeri
  6. Daerah
EKasih

Semakan Bantuan RM600 MyKasih (Bantuan SARA)

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima RM600 bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
Bantuan SARA

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa

Cara Pembelian di Kedai

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info lanjut mengenai eKasih boleh rujuk laman portal berikut;

https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.