Skip to content

Insentif RM1000 Untuk Golongan Wanita Berkerja

Insentif RM1000 untuk golongan wanita berkerja. Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan sebuah program yang dikenali sebagai MamaKerja.

Program ini pada asasnya merupakan insentif sebanyak RM1,000 yang akan diberikan kepada 5,000 wanita bekerja dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Tujuan utama program ini adalah bagi meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

Insentif RM1000 MamaKerja

MamaKerja merupakan antara janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun.

Seramai 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif berjumlah RM1,000 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta.

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong wanita untuk kekal bekerja kerana keterlibatan wanita dalam pekerjaan akan menyumbang secara langsung kepada kemajuan ekonomi negeri.

Insentif ini bertujuan membantu meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Wanita bekerja dan mempunyai majikan;
  • Bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS;
  • Berdaftar dengan LHDN atau mempunyai caruman KWSP;
  • Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah;
  • Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor.

Cara Memohon

Berdasarkan maklumat daripada Portal Selangkah Selangor, permohonan program ini akan dibuka pada 1 November 2023 pada jam 10 pagi.

Berkenaan dengan kaedah memohon, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi Selangkah

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.