STR Fasa 3 BSN Mula Dikreditkan Secara Berperingkat Minggu Ini

STR Fasa 3 BSN Mula Dikreditkan Secara Berperingkat Minggu Ini.

Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

JADUAL & TARIKH BAYARAN

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini akan melalui 4 fasa bayaran.

Bayaran STR fasa 1 dan 2 telahpun dilaksanakan. Bagi Fasa ketiga pula, ianya akan mula dilaksanakan pada :

  • Sebelum Hari Raya Aidiladha

Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Jun 2023.

STR Fasa 3 BSN Mula Dikreditkan Secara Berperingkat Minggu Ini

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 3 mengikut kategori:

SEMAKAN STR FASA 3

Sekiranya anda ingin membuat semakan, semakn boleh dilakukan melalui web rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top