STR Fasa 3 Bujang Dikreditkan Secara Berperingkat

STR Fasa 3 Bujang Dikreditkan Secara Berperingkat, untuk maklumat mengenai STR fasa 3 kategori bujang, proses pengkreditan akan dilakukan secara berperingkat dalam masa terdekat minggu ini.

Kerajaan Perpaduan telah menjenamakan sebuah inisiatif pengurangan beban ekonomi masyarakat bernama Bantuan STR.

Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan bebanan golongan yang kurang berkemampuan dalam menangani kos sara hidup.

STR FASA 3 BUJANG

Program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berkelayakan dengan memberikan sumbangan tunai secara langsung. Jumlah sumbangan yang diberikan adalah sehingga RM3100 bagi setiap penerima.

Sumbangan STR akan diberikan kepada kumpulan dan kategori keluarga yang layak sehingga RM3100 setiap keluarga. Ini dapat meringankan beban sara hidup mereka dan memberi manfaat kepada lebih kurang 8.7 juta penerima. Kerajaan telah menyediakan peruntukan hampir RM8 bilion untuk program ini.

Semakan Status Penerima Bayaran STR

  • Mulai minggu ketiga Jun 2023, anda boleh menyemak status pembayaran STR anda dengan mudah.
  • Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

Kadar Bayaran STR Fasa 3

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2023 yang lalu. Manakala, bagi Sumbangan Tunai Rahmah akan dikreditkan kepada penerima yang layak dalam masa terdekat.

Untuk kategori yang berbeza, jumlah pembayaran STR Fasa 3 yang akan diberikan kepada yang layak adalah seperti berikut:

Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan 1 – 2 kanak-kanak: RM400
  • Bilangan 3 – 4 kanak-kanak: RM600
  • Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM800

Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan kanak-kanak 0: Tiada Bayaran
  • Bilangan 1 – 2 anak: RM150
  • Bilangan 3 – 4 orang anak: RM200
  • Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM250

Warga emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 3: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 3: RM150

Bujang berumur 19-59 tahun kurang upaya

  • STR Fasa 3: RM150

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Bujang Fasa 3

Menurut kalendar Kementerian Kewangan, penerima STR Fasa 3 akan menerima bayaran pada bulan Jun dan Perdana Menteri telah mengumumkan pengkreditan akan dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidiladha.

Bayaran ini akan dimasukkan ke dalam akaun penerima secara automatik.

  • Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai minggu ketiga Jun 2023.
  • Penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan ini secara terus ke dalam akaun mereka, seperti yang telah dilakukan sebelum ini.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

Maklumat Lanjut STR Bujang Fasa 3

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan atau bantuan, anda boleh merujuk kepada sumber berikut:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Lebih banyak info terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya boleh klik dan join channel berwarna BIRU dibawah.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top