STR Fasa 3 Maklumat Pembayaran STR

STR Fasa 3 adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2024, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARa) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.

STR Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksaan bantuan kepada rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini merupakan kesinambungan bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

STR ini diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) mengikut kadar pendapatan serta tanggungan masing-masing. Ia juga diberikan kepada kategori merangkumi isi rumah, bujang dan warga emas.

Syarat-syarat Kelayakan STR

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Pembayaran STR

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 2 telah pun dikreditkan kepada yang layak melalui akaun bank masing-masing. Manakala, bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Kadar STR Fasa 2 pula adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 2: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 2: RM150

Bagi pembayaran STR Fasa 3, ia akan dibuat kepada yang layak pada bulan Ogos 2024.

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3

TERKINI : Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada Ogos 2024.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

STR Fasa 3

Cara Semakan STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Untuk makluman, Sumbangan Asas Rahmah adalah STR Tambahan berjumlah RM100 sebulan bagi 12 bulan, untuk penerima yang layak dan golongan miskin tegar yang mempunyai rekod dalam e-Kasih.

Sementara itu, terdapat juga penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang tidak menerima bayaran Fasa 3.

Ini adalah kerana pemohon ini:

  1. Tidak lulus permohonan STR 2024
  2. Perubahan status daripada kahwin kepada cerai / kematian pasangan
  3. Lulus kategori isi rumah (tiada anak) dan berpendapatan RM2501-RM5000.

Sebarang semakan lanjut, rujuk maklumat yang berkaitan di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Untuk info lanjut, sila layari laman info STR di Portal Manfaat menerusi link https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top