SENARAI PENGELUARAN KWSP TAHUN 2024

SENARAI PENGELUARAN KWSP TAHUN 2024 – Atas dasar prihatin kerajaan, maka pengeluaran penuh KWSP telah dibenarkan. Walaubagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada beberapa syarat kelayakan.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah membenarkan beberapa jenis pengeluaran seperti i-Lestari, i-Citra dan juga i-Sinar. Namun, pengeluaran sebelum ini mungkin belum cukup bagi menampung kos kehidupan yang meningkat ketika ini.

Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

Untuk makluman anda semua, pengeluaran penuh bukanlah terbuka kepada semua pencarum KWSP, ianya bergantung kepada ketetapannya. Berikut dikongsikan beberapa pengeluaran penuh yang boleh dilakukan :

1. Pengeluaran Penuh KWSP Umur 55 Tahun

  • Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.
  • Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

2. Pekerja Berpencen & Persaraan Pilihan

  • Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.
  • Mulai 1 Januari 2018, selepas Penjawat Awam membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, tanggungan mencarum bagi beliau adalah tidak terhenti selaras dengan pelaksanaan Skim Kebolehalihan (Portability Scheme).

3. Hilang Upaya

  • Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka turut layak mendapat RM 5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

4. Kematian

  • Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.
  • Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.
SENARAI PENGELUARAN KWSP TAHUN 2024

Maklumat Penting Pengeluaran KWSP 2024

Selepas pelaksanaan Penstrukturan Semula Akaun KWSP, baki semasa Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahrera. Manakala simpanan Akaun Fleksibel akan bermula daripada RM0.

Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel.

Ahli juga boleh memilih pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP di pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.

Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top