STR Fasa 4 Jumlah Bayaran Yang Diterima

STR Fasa 4 Jumlah bayaran yang diterima oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan mengikut kategori masing-masing dikongsikan di halaman ini.

Bayaran STR Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 telah diagihkan masing-masing pada 17 Januari, 5 April, dan 26 Jun 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 4.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berkelayakan dengan memberikan sumbangan tunai secara langsung.

PENERIMA STR FASA 4

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 4:

Kategori Isi Rumah (tiada had umur):

  • Pendapatan RM2,500 ke bawah
  • Mempunyai anak 5 orang keatas
    • Terima bayaran RM1,200
  • Pendapatan RM2,500 ke bawah
  • Mempunyai anak 3-4 orang
    • Terima bayaran RM900
  • Pendapatan RM2,500 ke bawah
  • Mempunyai anak 1-2 orang
    • Terima bayaran RM600
  • Pendapatan RM2,500 ke bawah
  • Tidak mempunyai anak
    • Terima bayaran RM200
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
  • Mempunyai anak 5 orang keatas
    • Terima bayaran RM500
  • Pendapatan RM2501 – RM5000
  • Mempunyai anak 3-4 orang
    • Terima bayaran RM300
  • Warga emas 60 tahun keatas / sebatang kara
    • Terima bayaran RM200

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023

STR Fasa 4 : Jumlah Bayaran Yang Diterima

Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

SEMAKAN STATUS STR

  • Status pembayaran STR kini boleh disemak melalui laman rasmi.
  • Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top