Tarikh Pembayaran Bantuan I-Fitri 2023 April Ini

Tarikh pembayaran Bantuan i-Fitri berjumlah RM300 sekali bayar (one-off) telah dikongsikan untuk rakyat Terengganu yang berkelayakan.

Pemberian bantuan i-Fitri ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang ditawarkan untuk rakyat yang memerlukan.

Ia juga bagi membantu rakyat B40 dan M40 untuk melakukan persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Penerima i-Fitri yang telah menerima bantuan pada tahun 2022 LAYAK menerima bantuan bagi tahun 2023 dengan mengemaskini permohonan dan dokumen di dalam sistem i-Bantuan.

Bantuan i-Fitri

Bantuan i-Fitri merupakan bantuan kewangan one-off yang akan disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Bagi tahun 2022, bantuan i-Fitri yang disalurkan bernilai RM300 kepada keluarga miskin dan RM250 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, manakala bagi tahun ini, bantuan kewangan adalah berjumlah RM300.

Tarikh pembayaran Bantuan i-Fitri

KADAR BANTUAN I-FITRI

Kepada pemohon (isi rumah) yang layak akan menerima bayaran pada kadar jumlah sebanyak RM300 secara sekali bayar pada bulan April 2023.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN I-FITRI

Kepada pemohon yang layak, pihak kerajaan negeri akan memberikan bayaran bantuan RM300 ini pada 17 April 2023 bagi persediaan menyambut hari raya puasa tahun ini.

Syarat Utama Permohonan i-Fitri

Syarat utama permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Pemohon merupakan Ketua Isi RUmah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 2,500.

Cara Permohonan

Cara permohonan bantuan i-Fitri adalah secara atas talian.

Permohonan online boleh dibuat melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my mulai 19 Mac 2023 manakala pemohon bagi kategori PERANTAU boleh memohon mulai 6 April 2023.

HOTLINE NEGERI :

  • 011- 5368 1120
  • 011- 1526 5561

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan i-Fitri ini, sila rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2023 di SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

8 thoughts on “Tarikh Pembayaran Bantuan I-Fitri 2023 April Ini”

  1. mohammad azril azzim bin sulaiman

    kalau ada rezeki dapatlah..semoga yg bagi murah rezeki sentiasa dipermudahkan segala urusann..aminnnn

Comments are closed.

Scroll to Top