TERKINI! BAYARAN STR FASA 2 TELAH DIKREDITKAN

TERKINI! BAYARAN STR FASA 2 TELAH DIKREDITKAN. Hari ini 4 April 2023, ramai pengguna media sosial Facebook berkongsi berita mengenai pengkreditan STR Fasa 2 telah masuk ke akaun peribadi.

Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April 2023.
Dengan pembayaran ini, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR telah dibayar kepada
golongan B40 pada tahun 2023.

BANK BSN & MAYBANK TELAH MASUK

Melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook, segelintir penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 / STR mendakwa bayaran telah masuk ke akaun mereka.

Berikut adalah sebahagian bukti yang sempat pihak pelbagai laman-laman web bantuan tangkap layar.

Bayaran STR Fasa 2
Bayaran STR Fasa 2 BSN
Bayaran STR Fasa 2 Maybank

Beberapa perkongsian mengenai pembayaran STR Fasa 2 berperingkat ini juga mengatakan institusi perbankan dan tarikh pengkreditan dilakukan seawal:

  • Bayaran STR fasa 2
  • BSN – 3 April (Bayaran awal)
  • CIMB – 4 April
  • Maybank – 4 April
  • Hong Leong- 4 April
  • Public bank – 4 April

Pengkreditan adalah secara beransuran. Tarikh rasmi adalah 5 April. Maklumat kemasukan ini adalah sekadar rumusan dan rujukan sahaja dan tidak bermakna semua pembayaran sudah dibuat. Harap bersabar bagi mereka yang belum mendapat bantuan

Kadar Jumlah Bantuan STR

Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk informasi dibawah :

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 Kebawah)

  • Tiada anak – RM1000
  • 1-2 orang anak – RM1500
  • 3-4 orang anak – RM2000
  • 5 orang anak keatas – RM2500

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2501 – RM5000)

  • Tiada anak – RM500
  • 1-2 orang anak – RM750
  • 3-4 orang anak – RM1000
  • 5 orang anak keatas – RM1250

Warga Emas/Tiada Pasangan (Pendapatan RM5000 kebawah)

  • RM600

Bujang (Pendapatan RM2500 kebawah)

  • RM350

Maklumat Lanjut

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 5 April 2023. Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top